Hari tu saIah info dari hospital, kali ni Abang Badrol beritahu memang benar isteri dah ‘pergi’ pagi tadi.. Salam takziah Abang Badrol, moga kuat dan tabah.Isteri Pelɑkon Kerdil Bɑdrol Shɑh Meninggɑl Duniɑ. Puncɑ Sebenɑr Didedɑhkɑn

SELEPAS 23 hari ditidurkan, isterinya pelakon kerdil Badrol Shah iaitu Farah Sheila Mazlan, 37, disahkan meningg4l dunia pada pukul 8.15 pagi, Khamis akibat p0sitif C0vid-19.

Allahyarham yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur menghembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti Covid-19 varian Delta pada awal Julai lalu.

Badrol atau nama sebenar Badrol Shah Abdul Manan, 39, berkata, dia sempat membacakan dua kali syahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat panggilan video sekitar pukul 8 pagi.

Pernah berlaku kekeliruan dan salah maklumat tentang status isteri pada 10 Ogos lalu, pelakon berusia 39 tahun berkenaan kali ini reda dengan pemergian Allahyarham.

Badrol 1Badrol turut berkongsi perkara itu di Instagram.

“Isteri saya menghembuskan naf4s terakhir pada pukul 8.15 pagi tadi di hospital selepas 23 hari ditidurkan akibat C0vid-19. Sekarang ini pihak hospital yang akan uruskan jenazah. Jadi tak pasti lagi akan dikebumikan di mana.

“Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebumikan jenazah arwah isteri saya. Dalam pukul 8 pagi tadi doktor ada buat panggilan video, dan saya sempat membacakan dua kalimah syahadah untuk arwah.

“Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebumikan jenazah arwah isteri saya.

Terdahulu pelakon filem Busut Bonang itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian isterinya yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada Khamis di Instagram.

Pada 10 Ogos lalu, Badrol memberitahu isterinya sudah meninggal dunia selepas mendapat maklumat daripada pihak hospital.

Namun selang beberapa hari berlaku kesil4pan dan kekeliruan apabila doktor memaklumkan isterinya masih hidup namun berada dalam keadaan krtikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos lalu.

Badrol 2Badrol bersama isteri dan anak-anak.

Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos lalu, Badrol berkata dia sendiri trauma dengan perkara itu selepas dikejutkan dengan maklumat salah bahawa isterinya sudah meninggal dunia.

Badrol turut menjaga tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama isterinya iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7 tahun.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*