
RUPA-RUPANYA pemuda yang berasal dari Pontian, Johor ini sudah diberi kebenaran untuk merakam video ketika dia disuntik vaksin.
Namun tidak semena-mena telefonnya disentuh dan dihalang oleh seorang petugas wanita yang muncul secara mengejut.
Video pemuda bernama Muhammad Rafiuddin Noorizwin ini tular di media sosial selepas dia memuat naik di Twitter sejak Rabu lalu.
“Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh rakam,” demikian jelas kedengaran kata-kata petugas berkenaan sambil menutup bahagian kamera telefonnya.
Menceritakan semula tentang insiden itu, pemuda berusia 24 tahun ini berkata dia tidak berkecil hati dengan tindakan petugas berkenaan namun berasa janggal selepas mengetahui terdapat dua arahan berbeza tentang proses berkenaan.
Lebih menarik, dua hari selepas itu Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang baru dilantik sebagai Menteri Kesihatan berkongsi semula video berkenaan di Twitter.
Tindakan Khairy yang terkenal dengan panggilan KJ mencuit hati pengguna media sosial.
“Assalamualaikum,” tulisnya ringkas yang hingga kini twit berkenaan diulang kicau lebih 41,000 kali.
“Ia sepatutnya dibenarkan” – MP Tanjung Piai ulas insid3n pemuda dihalang rakam video terima suntikan vaksin kerana ‘KJ letak jawatan’
TIADA masalah sekiranya penerima vaksin ingin merekodkan proses ketika menerima suntikan vaksinasi, selagi mana dia tidak mengganggu tugas para pegawai perubatan ataupun kelancaran semasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Kita ingin menggalakkan seramai mungkin orang untuk mendapatkan suntikan vaksin. Sekiranya mereka ingin mengambil video, ia harus dibenarkan,” kata Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.
Ahli Parlimen Tanjung Piai itu berkata demikian sebagai mengulas kejadian di mana seorang lelaki berusia 24 tahun dihalang untuk merakam proses vaksinasi oleh seorang petugas perubatan, dengan alasan bahawa menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah meletakkan jawatan.
Difahamkan, kejadian itu berlaku awal minggu ini di sebuah PPV di Pontian, yang berada di dalam daerah Tanjung Piai.
Lelaki tersebut yang merupakan seorang jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Raff Muhd berkata dia hadir ke PPV berkenaan untuk menerima suntikan vaksin dos pertama sekitar pukul 11 pagi, 25 Ogos baru-baru ini.
“Pada mulanya, saya tidak beniat untuk merekod proses vaksinasi tetapi jururawat yang mengendalikan saya baik dan ramah, jadi saya meminta izin kepadanya untuk merakam.
“Saya hanya mula merekod setelah dia memberi izin dan kami dengan senang hati berbual semasa dia sedang memberi suntikan.
“Tiba-tiba, seorang pekerja perubatan lain masuk dan mengatakan bahawa rakaman tidak dibenarkan ‘kerana KJ telah meletak jawatan’, dan dia menutup telefon bimbit saya menggunakan tangannya.
“Saya sangat terkejut dan bingung pada ketika itu sehingga saya tidak tahu bagaimana hendak memberi respon.
“Saya hanya terus berlalu ke stesen seterusnya untuk pemerhatian selepas menerima suntikan,” katanya kepada The Star.
Dia memuat naik klip video itu di Twitter pada Khamis (26 Ogos), di mana ia menjadi tular dan meraih sehingga 579,000 jumlah tontonan setakat tengah hari Jumaat.
Menerusi klip video selama lapan saat itu, kedengaran petugas berkenaan berkata dalam Bahasa Malaysia: “Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. Prosedur Kementerian Kesihatan (KKM) tak boleh rakam,” katanya sebelum menutup telefon bimbit milik pemuda tersebut.
Raff menambah, dia menghormati tugas barisan hadapan (frontliners) yang memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, tetapi menyifatkan insiden yang berlaku seolah-olah tidak menghormatinya.
Dalam masa yang sama dia turut berharap agar jururawat yang membenarkannya merakam video agar tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Sementara itu Jeck Seng menyifatkan ayat yang digunakan oleh petugas perubatan berkenaan sebagai tidak wajar, memandangkan perletakan jawatan seorang menteri seharusnya tidak memberi pengaruh kepada cara barisan depan menjalankan tugas mereka.
Khairy pada 23 Julai lalu berkata orang ramai dibenarkan merakam ketika menerima suntikan vaksinasi mereka.
Khairy yang sebelum ini merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kini memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat. – THE STAR
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply