
MANILA – Seorang peguam di Sorsogon City, Filipina menerima upah beberapa ekor ketam selepas kliennya yang memaklumkan beliau tidak mampu membayar yuran guamannya, lapor laman berita GMA News Online baru-baru ini.
Dalam satu hantaran Facebook yang tular, Noel Allen Bose berkongsi foto dirinya memegang beberapa ekor ketam di tangan kanannya dan beg bimbit di tangan kirinya.
Bose berkata selepas satu perbicaraan kes, seorang klien memberitahu bahawa dia tidak mempunyai wang untuk mebayar yuran guaman Bose dan bertanya jika boleh membayar khidmatnya dengan ketam yang telah ditangkap.
Bose telah bersetuju dan menerima ketam tersebut sebagai upahnya.
“Hadiah ketam ini sememangnya mengenyangkan namun reaksi positif anda semua terhadap status ini menjadikan hati saya berasa terharu.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peguam yang bertugas untuk sektor kerajaan dan swasta,” tulis Bose pada hantaran itu.
Tambahnya, peguam jarang menulis atau berkongsi tentang kerjaya atau cabaran kes yang dihadapi namun mereka sentiasa berusaha keras untuk memenuhi janji bagi membantu warga Filipina. – Agensi
Sumber : KOSMO
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply