Rɑsɑnya Enɑk Dimɑkɑn,Tɑpi Rɑmɑi Tɑk Tɑhu Dekɑt Sirip Ikɑn Kerisi Adɑ Tersembunyi Cɑcing2 Hɑlus

Ikan merupakan salah satu sumber protein yang sangat penting untuk badan kita. Kali ini ada satu cerita tentang ikan kerisi yang pasti ramai orang kurang arif tentangnya.

 

Sedapnya ikan kerisi, lagi-lagi kalau dilumur garam dan kunyit kemudian digoreng sehingga garing. Makan satu lauk ini dengan nasi panas-panas pun dah cukup umphh!

 

Mana-mana ikan perlu disiang dengan betul supaya semua ‘benda kotor’ dicuci dengan bersih. Tapi rupanya ramai yang belum tahu cara mencuci ikan kerisi dengan betul selepas membaca perkongsian oleh seorang wanita ini.

 

Beliau mendedahkan rupanya ada cacing halus tersembunyi pada sirip ikan kerisi yang ramai tak tahu. Jom lihat perkongsiannya di bawah beserta tips dan petua untuk membuang cacing tersebut.

 

Cara Untuk Membersihkan Ikan Kerisi

 

Bagi yang tak tau lagi atau yang tak perasan selama ni, atas belakang ikan kerisi dekat sirip dia tu memang betul ada perasit seakan cacing, kebetulan ikan kerisi yang ‘KakMung’ boleh memang semua ada cacing² halus tu atas belakang tu..

 

Gunting sirip atas belakang ikan

 

Jadi cara ‘KakMung’ buang cacing² tu dengan ambik gunting, gunting sirip atas belakang tu pastu ambik lidi yang kita buat cukil gigi, cungkil buang cacing² yang ada tu, boleh katakan atas seekor ikan tu ada 2 atau 3 ekor cacing halus tu, pastu baru belah belakang dia..

 

Gambar cacing yang tu je sempat ‘KakMung’ ambik, naik geli gelemang pulak KakMung tengok ke cacing² halus tu..

 

 

Ikan kerisi memang sedap weh, lagi-lagi kalau goreng belah blakang atau masak singgang pedas.. lepas cuci bersih boleh lah kita masak setmung.

 

 

Daripada penjelasan pengguna FB Solina yang memperkenalkan dirinya sebaigai ‘KakMung’, dia mengatakan dibelakang sirip ikan kerisi yang enak dimakan itu ada terkumpul beberapa ekor cacing seperti gambar di atas dan dia juga memberitahu cara-cara untuk membuang cacing-cacing tersebut sebelum memasaknya mengikut cita rasa masing-masing.

Selamat beramal dan mencuba.

Kredit: Solina Mahmud  Via myresepi

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*