
VIDEO ysng memaparkan kelibat seekor ular sawa gergasi menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari ini.
Dilaporkan kejadian penemuan ular gergasi tersebut berlaku di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Ular sepanjang antara tujuh hingga lapan meter itu ditemui di sebuah kebun dan sedang menyusur masuk ke dalam hutan.
Perkara itu telah pun disahkan oleh ketua kampung, Witono yang memaklumkan mengenai perkara itu kepada media tempatan.
“Lokasinya kejadian di sekitar lombong. Jarak dengan rumah penduduk kira-kira satu kilometer. Ular berkenaan panjang sekitar lapan meter,” katanya.
Menurutnya, video berkenaan dirakam oleh seorang pemancing dari Sungaidanau, Kabupaten Tanahbumbu, kira-kira dua minggu lalu.
Witono berkata, pemancing itu hanya sempat mengambil video berkenaan selama beberapa saat kerana bimbangkan keselamatan. – Tribunnews.com
Ini video yang tular sejak beberapa hari tersebut.
Ini lebih kurang sama saiz ular yg dijumpai pada Januari tahun lepas yang viral Di media sosial yang mana pemancing terpɑksa membnuh ulɑr gergɑsi tersebut kerɑna risɑu nyɑwa mereka.
sumber : astro awani
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply