Adakah Bantuan Khas c0vid19 Masih Diteruskan Walaupun PM Sudah Bertukar? Ini Respon Tengku Zafrul

Kerajaan sebelum ini di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut

Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM 500 pada Ogos, RM 500 pada November, dan RM 300 pada Disember.

Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima b.antuan sebanyak RM 200 pada Ogos dan RM 300 pada November.

Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM 500 pada Ogos dan RM 300 pada Disember. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM 200 pada Ogos.

Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM 250 manakala bujang kategori M40 akan menerima RM 100 pada Ogos.

Beri Jaminan

Kementerian Kewangan memberi jaminan akan meneruskan bantuan-bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini termasuk Bantuan Khas C0VID 19 (BKC).

Perkara itu dimaklumkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika diminta mengulas mengenai keluhan orang ramai mengenai bantuan BKC yang sepatutnya diagihkan pada bulan ini.

“Mengenai bantuan yang telah diumumkan sebelum ini, ada lagi bantuan-bantuan dan semestinya ia diteruskan. Saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan membuat pengumuman mengenai bantuan-bantuan ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan kotak b.antuan kepada pengukir kraftangan di Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey, di sini.

Tengku Zafrul antara bekas menteri yang dilantik semula dalam barisan Kabinet baharu dan majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan R.ahsia dijadual berlangsung pada 2.30 petang, Isnin di Istana Negara.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata dasar-dasar sedia ada yang baik akan diteruskan oleh Kementerian Kewangan bagi memacu semula ekonomi negara.

Selain itu, katanya program dan rancangan akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira perkembangan semasa dan keadaan ekonomi yang bersifat dinamik.

Sepanjang 17 bulan sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet yang dibentuk Muhyiddin, Tengku Zafrul juga dilantik sebagai menteri penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk memantau pelaksanaan strategi dan langkah bantuan, serta mengambil t.indakan proaktif dalam menangani C0vid 19 yang menimbulkan krisis kes.ihatan dan ekonomi.

Sepanjang tempohnya di kementerian, kerajaan telah melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM 530 bilion untuk mengatasi krisis kes.ihatan sejak p.andemik itu mel.anda negara tahun lepas.

 

Sumber: Astro via news.allmhi

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*