Jabɑtan Kesihɑtan Negeri Kedɑh tɑmpil dedɑh ceritɑ sebenɑr Selepɑs Tulɑr Rakɑmɑn Pesɑkit c0vid dibiɑrkan atɑs lɑntai

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah meminta agar penularan video yang memaparkan seorang pesakit c0vid yang didakwa dibiarkan m4.ti di sebuah hospital di Sungai Petani dihentikan bagi menghormati keluarga si m4.ti.

Pengarah JKN Kedah Dr Othman Warijo berkata, pihaknya sangat kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan video berkenaan.

“Video mengenai pesakit lelaki yang jatuh dan men.inggal du.nia di dalam wad dan didakwa lewat mendapat bantuan petugas hospital itu berlaku di Ho.spital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. Pesakit warga emas itu dimasukan ke wad HSAH pada 26 Ogos lalu selepas dirujuk oleh Pusat Penilaian Covid-19 Daerah Kuala Muda.

“Pesakit mempunyai sejarah beberapa penyakit kronik dan mendapat jangkitan c0vid kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata sepanjang berada di wad, keadaan pesakit kurang stabil dan memerlukan tekanan oksigen yang semakin tinggi, dan pesakit dilihat tidak selesa dengan alat bantuan oksigen yang dipakaikan.

“Pesakit dipantau dengan lebih kerap oleh petugas kesihatan yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda pesakit. Pada hari kejadian, setelah rondaan wad pagi selesai dan pegawai perubatan serta jururawat telah menanggalkan pakaian perlind.ungan diri (PPE) pada 1.45 petang.

“Pada 2.25 petang, petugas wad dimaklumkan oleh pesakit lain bahawa pesakit berkenaan telah jatuh dari katil. Pegawai perubatan bergegas memakai PPE lengkap dan terus memeriksa pesakit yang terbaring di lantai wad dan pemakaian PPE berkenaan mengambil masa kira-kira lima minit,” katanya.

Dr Othman berkata, ketika pemeriksaan dilakukan pesakit didapati tiada lagi tanda-tanda hidup dan telah dinaikkan semula ke atas katil, namun disahkan meni.nggal du.nia akibat ‘severe c0vid pn.eumonia’.

“Pakar perubatan telah bertemu dengan ahli keluarga pesakit pada hari yang sama dan menjelaskan situasi sebenar kejadian. Ahli keluarga sememangnya telah maklum dengan keadaan pesakit yang kian merosot dan mereka menerima baik penjelasan yang diberikan oleh pihak hospital.

“Jadi, JKN berharap agar masyarakat dapat menghentikan penularan vi.deo berkenaan. JKN juga telah menjalankan siasatan lebih mendalam mengenai perkara ini dan mengambil tindakan pen.ambahbaikan yang diperlukan,” katanya.

 

Sumber: Bernama Via MK

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*