
PeIawak dan pelakon Shuib, 37, mengakui semakin teruja dan sudah menyiapkan barangan keperluan bagi menyambut kepulangan anak bongsunya, Ayash Affan.
Mskipun belum mendapat tarikh sebenar bila anaknya itu dibenarkan keluar hospital, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad berusaha mencukupkan kelengkapan yang perlu sebaik mungkin.
” Tak adalah berhabis beli barang sangat pun. Baju-baju abangnya pun masih simpan lagi, tapi insya-Allah selepas ini barulah akan beli-beli sedikit baju (baru).
” Alhamdulillah, hari ini pun katil sudah sampai. Setakat ini, itu sajalah yang perkembangan terbaru,” katanya.
Shuib juga memaklumkan dia masih menunggu tarikh bila Ayash akan dapat pulang.
Ini kerana, doktor masih terus memantau keadaannya selepas dikeluarkan dari inkubator baru-baru ini.
” Saya tak dapat pastikan bila ‘baby’ akan dapat balik. Doktor kata kena tunggu dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi. Keadaannya pun semakin stabil dan berat ada peningkatan yang banyak,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Shuib memaklumkan Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shuib berkata, selepas dikeluarkan dari inkubator, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.
” Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
” Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya kepada Harian Metro.
Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.
” Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).
Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggI dnia akibat COVlD-I9 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Pilih sepupu sendiri jadi ibu susuan Ayash Affan
Dalam pada itu Shuib memberitahu beliau akhirnya memilih sepupunya sendiri untuk menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan..
Menurut Shuib keputusan menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash selepas berbincang bersama ahli keluarganya.
” Alhamdulillah ada dalam kalangan keluarga saya iaitu sepupu baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan lalu,” ujarnya.
Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia sebenarnya bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).
” Takut juga masa depan nanti kita tidak tahu apa akan jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan),” jelasnya.
Shuib yang ditemu bual menerusi sebuah rancangan hiburan baru-baru ini turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.
” Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.
” Saya harap Allah SWT balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya,” jelasnya.
Shuib baru-baru ini meluahkan kerisauan memikirkan tentang susu ibu yang diperlukan Ayash selepas isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggI dnia pada 9 Ogos lalu akibat COVlD-I9.
Sumber:hmetro
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply