Viral Isteri Ambik Vaksin Secara Senyap2, Sekali Zizan Razak Tanya Sah Ke Talak Itu Pada UAI

Laman Facebook Public Health Malaysia, sebuah platform menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam, menarik perhatian umum mengenai perkongsian seorang peguam syarie di Twitter.

Peguam tersebut berkongsikan kisah mengenai seorang isteri yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19 secara ‘senyap-senyap’.

Ini kerana suaminya tak mahu mengambil vaksin berkenaan dan kebetulan mereka merupakan pasangan jarak jauh. Namun si isteri dalam dilema apabila ketika berborak dengan suaminya mengenai vaksin, si suami berkata jangan ambil vaksin.

Si suami pula menambah: “Jika ambil juga, jatuh talak”. Perkara itu membuatkan si isteri bingung dan mengajukan persoalan tersebut kepada peguam syarie.

Peguam berkenaan dalam akaun Twitter miliknya pula menulis:

“Ragam manusia, aneh-aneh nak buat taklik pun. Ini mungkin kedengaran jangkal, tapi tak mustahil ada juga orang lain hadapi perkara yang sama.

“Nasi sudah menjadi bubur, lafaz taklik tak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlanggaran. Bila dah langgar, segeralah ke mahkamah syariah.

“Failkan permohonan pengesahan lafaz taklik. Sekali lagi saya tegaskan, hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan sama ada jatuh talak ataupun tidak”.

Beliau kemudiannya menulis: “Hati-hatilah para suami dalam soal taklik ini. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”.

Zizan Razak Tanya Pada UAI Sah Ke Talak Itu?

Zizan Razak telah bertanyakan soalan berkenaan isu yang tular di media sosial baru baru ini berkenaan seorang suami akan jatuhkan talak kepada isteri jika ambil vaksin.

VIDEO

 

Sumber: utusan online | youtube UAI

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*