
Kuala Lumpur: Jam tangan celoreng yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri satu program mencuri perhatian orang ramai termasuk golongan selebriti seperti pelakon Datuk Aaron Aziz.
Aaron menerusi hantaran di Instagram meminta bantuan pengikutnya untuk mengenal pasti jenama jam tangan digayakan Ismail itu
“Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa Perdana Menteri pakai? Korang kan tahu kurta abang ‘camo’ (camouflage – celoreng), beg abang ‘camo’ sampai isteri punya tudung pun ‘camo’.
Tengah menahan sakit di hospital tiba-tiba nampak jam Datuk Seri Ismail Sabri pakai. Bergaya pula kan,” tulisnya.
Rata-rata komen yang diberikan pengikut mendedahkan jam tangan yang digunakan Ismail adalah model G-Shock dari jenama Casio.
View this post on Instagram
“Casio G-Shock GA-700CM,” tulis seorang pengikutnya.
“G-Shock Camouflage hijau kalau tak silap. Moga cepat sembuh Aaron. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan,” kata seorang pengikut lagi.
“Mohon PM hadiahkan abang jam sempena merdeka,” kongsi seorang lagi pengikut.
Dianggarkan jam tangan yang dipakai Ismail itu bernilai kira-kira RM400.
Sumber : HarianMetri \ IG AronAziz
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply