
”Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya!”
Demikian kata-kata selebriti terkenal, Nur Fazura menerusi perkongsian dalam InstaStorynya beberapa jam lalu yang menarik perhatian ramai.
Difahamkan, selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM2.16 juta untuk tudung keluarannya, Tudung Fazura, ada pihak sudah cuba mengambil kesempatan meniipu orang lain.
Fazura, 38, turut memuat naik bukti perbuatan j4hat peniipu berkenaan.
Kata pelakon filem Dendam Pontianak itu, peniipu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan jah4tnya sejak beberapa bulan lalu, namun semakin mengg4nas sejak akhir-akhir ini.
” Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk meniipu dan ramai yang terped4ya.
” Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok.
” Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya.
Ternyata kcewa dengan tindakan tidak bermoral wanita itu, Fazura sempat meminta pelaku supaya bert4ubat dan memulangkan kembali semua wang pembeli yang ditiipunya.
” Saya tak tahulah apa awak rasa bila meniipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai.
” Duit semua orang tu, ingat percuma ke. Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan.
” Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bers4Iah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut menunjukkan wajah si pelaku, namun tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut adalah wajah sebenarnya ataupun dia menggunakan gambar orang lain untuk mengaburi mata semua orang.
Beberapa hari lalu, Fazura terharu apabila orang ramai memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sehingga berjaya terjual sebanyak 80,000 helai dalam tempoh dua jam.
Pencapaian tersebut sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti golongan wanita, ibu dan ibu tunggal yang kehilangan mata pencarian.
” Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian.”
Demikian ucapan terima kasih dengan nada sebak dan air mata berguguran selebriti popular, Fazura kepada orang ramai apabila tudung keluarannya, Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak dapat menahan emosi apabila ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
” Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.
” Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi,” ujar Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini.
Jumlah jualan bagi 80,000 helai tudung itu dianggarkan mencecah RM2.16 juta.
Perkara itu didedahkan beberapa netizen melalui ciapan mereka dalam akaun Twitter.
” Dalam 2 jam 80,000 helai dah ‘sold out’, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura dan selalu kongsi rezeki dengan semua orang,” ciap seorang netizen.
” Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung,” tulis seorang lagi netizen lagi.
Sebelum ini, ibu kepada Nur Fatima Aisya menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 dengan niat untuk membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.
Dedah pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, angka 27 itu mempunyai nilai sentimental buat dirinya iaitu tarikh ulang tahun kelahirannya serta tarikh Fattah melamarnya.
Sumber : kosmo n kredit to MJ
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply