Ini Kata KJ “Kalau Nak Rentas Negeri Perkara Ini Perlulah Dicapai Terlebih Dahulu”

Kerajaan mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Justeru, kata beliau, rakyat diminta bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan. jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya dalam sesi temubual bersama media, hari ini.

Covid19: Malaysia masuk fasa endemik hujung Oktober – Khairy Jamaluddin

Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID-19 bermula hujung Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, peralihan fasa itu dijangka berlaku selepas 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos vaksin.

“Kita perlu tunggu dua bulan lagi, apabila 80 peratus dewasa mendapat dos vaksin lengkap, seperti kita lihat contoh di Labuan dan Sarawak.

“Penghujung Oktober kita akan memasuki fasa endemik,” katanya dalam sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya pada Rabu.

Tambah Khairy, rakyat perlu menerima konsep hidup bersama virus meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19.

“Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 menjadi endemik dan oleh itu, kita mesti mengambil langkah-langkah untuk hidup bersama virus ini.

“Dengan adanya vaksinasi, usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku dan usaha mengamalkan SOP yang berterusan, maka kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19.,” katanya lagi.

Jelas Khairy, langkah itu membolehkan pelbagai sektor di dalam negara dapat dibuka dan kehidupan rakyat kembali seperti sedia kala dalam norma baharu.

Sebagai persediaan untuk hidup bersama COVID-19, jelas Khairy lagi, rakyat perlu sentiasa melakukan kawalan kendiri, memakai pelitup muka dan mendapatkan vaksin seperti disyorkan kerajaan.

“Ini konsisten pendekatan negara lain, kebanyakan negara sudah beralih selepas berjaya membendung COVID-19 kepada fasa endemik. Satu norma baharu diperkenalkan untuk ktia hidup secara sihat dan selamat walaupun virus berada di kalangan kita.

“Usaha perubahan tingkah laku dan usaha untuk mengamalkan sop berterusan membolehkan kita masuk fasa baharu,” kata Khairy lagi.

 

Sumber: utusan online | awani

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*