Penyanyi Lagu Parodi My Sejahtera Way Sudah Disambar Mamat Khalid

TERKENAL dengan nyanyian lagu parodi viral berjudul My Sejahtera Way, individu bernama Azman Naim kini semakin laris bagai pisang goreng panas.

Ujar Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, dia menerima banyak tawaran lakonan dan nyanyian lebih-lebih lagi sejak bakatnya turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun kata pemuda kelahiran Kulai, Johor ini dia terbuka hati untuk menerima lamaran pengarah terkenal, Mamat Khalid.

“Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak mentah-mentah.

“Ada satu yang saya terima tu dah buat penggambaran pun di bawah Mamat Khalid… itu baru satu.

 

“Beberapa tawaran lakonan lain masih pending,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Azman dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menjadi penyanyi.

“Tawaran untuk menyanyi saya tak buat kata putus lagi.

“Bukan semua kena dengan jiwa dan imej saya… jadi memang ada yang terpaksa ditolak,” katanya.

>Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak mentah-mentah.

AZMAN NAIM

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik Azman di Instagram.

Tunku Ismail dalam hantaran menerusi Instastory menulis ‘First Class’ sebagai pujian terhadap bakat Azman kerana berjaya menukar lagu My Way kepada My Sejahtera Way iaitu menjurus kepada keluhan orang ramai yang belum mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Rata-rata netizen turut mengagumi usahawan berkenaan kerana berjaya menghiburkan orang ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.

Dalam pada itu Azman turut berkongsi tentang pertemuannya dengan Tunku Ismail baru-baru ini.

mamamar

Azman berjumpa dengan Tunku Ismail.

“Sebenarnya sudah tiga kali saya menghadap TMJ. Kami berborak tentang masalah rakyat sebab intipati lagu saya semuanya fasal rakyat.

“Dalam pertemuan itu juga kami bertukar pendapat. TMJ memang ambil berat tentang rakyat Johor dan nak ambil tahu sudut pandang saya.

“TMJ pula memang sangat pentingkan bab pengambilan vaksin,” katanya.

 

Artikel Terdahulu

Lelaki ini cipta lagu sampai TMJ kongsi di IG, rupanya ini lirik dan lagu yang buat ramai terhibur

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim di daIam akaun lnstagram baglnda telah memuatnaik sebuah vldeo lagu yang dinyanyikan oleh Azman Naim.

Lagu tersebut yang secara umumnya berkenaan ‘vaksln’ telah menarik perhatlan Tunku IsmaiI dan baginda memuji lagu nyanylan IeIaki tersebut.

First Class , Legend

Lagu yang teIah dimuatnaik oleh Azman Naim tersebut kini menjadi tuIar. Dalam pada itu , Azman Naim turut memuatnaik lnstastory beliau dan menjunjung kaslh di atas pujian yang diberikan oleh Tunku IsmaiI.

 

Reaksi warganet

Beberapa hari yang laIu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bertemu dengan Pengarah Pendidlkan Johor dan kira-kira 779 guru yang men0Iak menerlma vaksln C0VlD-19.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda bertitah, pertemuan itu diadakan dalam masa terdekat.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemlk ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembaIi dan meneruskan kehldupan seperti biasa.

“Insya Allah kita boleh sIesaikan masaIah ini dengan cara berhmah,” tltah baglnda dalam clapan berkenaan.

Vldeo lagu yang tuIar

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*