
PETALING JAYA- “Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” kata Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim menerusi akaun Twitter hari ini, berhubung kontroversi terbaharunya.
Siti Kasim tampil memohon maaf secara terbuka terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad kerana mendakwanya memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex.
Terdahulu Idris menerusi Twitternya menafikan beliau memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex sepertimana dakwaan peguam kontroversi itu.Idris berkata, jam yang dipakai beliau itu sebenarnya adalah jenama Buruj yang telah lama dipakainya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.
“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” jelas Idris.
Siti Kassim Persoalkan Menteri Agama Solat Atas Lantai, Pakai Jam Tangan Rolex Sekali Firdaus Wong Masuk Komen
Tular di media sosial mengenai Siti Kasim yang merupakan aktivis dan juga peguam, mempersoalkan jam tangan yang dipakai Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Idris Ahmad.
Siti Kasim mendakwa Menteri Agama baharu itu memakai jam tangan berjenama Rolex, dan mempertikaikan bahawa Ustaz Idris mendirikan solat di mana-mana saja lantai di pejabatnya.
Ustaz Idris Jawab Dakwaan Siti Kasim
Menjawab dakwaan Siti Kasim tersebut, Ustaz Idris menyatakan bahawa jam yang dipakainya itu bukanlah berjenama Rolex tetapi dari jenama Buruj dan jam tersebut digunakan untuk solat dan mengetahui arah kiblat.
Tambahan lagi, menjawab isu solat di lantai yang dikatakan oleh Siti Kasim, Menteri Agama ini juga menyatakan solat boleh dilakukan di mana-mana saja.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni dah lama saya pakai. Senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat. Boleh solat di mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat, sebab senang nak tentukan arah kiblat.”
Firdaus Wong Doakan Siti Kasim Celik Hati
Isu mengenai jam tangan ‘Rolex’ ini mendapat perhatian pendakwah bebas Firdaus Wong dengan menyatakan Siti Kasim perlu celikkan hati untuk melihat dan menerima kebenaran.
“Ya Allah, kurniakan dan celikkan mata Siti Kasim untuk melihat dengan jelas. Celikkan hatinya juga untuk melihat dan menerima kebenaran. Allahuma Ameen.”

Netizen Doakan Siti Kasim Dapat Hidayah
Isu hangat ini juga menarik perhatian wargamaya dan masing-masing mendoakan Siti Kasim agar diberikan hidayah dan ada juga wargamaya yang menyatakan tiada salahnya melakukan solat diatas lantai di pejabat.
“Marilah sama-sama kita doakan agar Siti Kasim diberikan hidayah”
“Allahuakbar.. Dulu masa kerja saya pun, solat dalam pejabat bos saya sebab bersih sikit walaupun dia seorang Cina tapi memberi kebenaran saya solat dalam pejabatnya”
“Allahuakbar.. Tak ada salah solat di mana lantai pejabat. Walau kita pun solat belakang meja dekat pejabat, janji suci bersih.”

Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa aktivis tersebut perlu memakai jam tangan Buruj kerana dilihat seperti tiada arah dan ramai wargamaya mempersoalkan tentang sikapnya.
“Mungkin Siti Kasim pun perlu pakai jam Buruj sebba dah tak ada arah dah tu”
“Siti Kassim ni belum bertemu buku dengan ruas lagi”
“Tapi peguam tapi kaki fitnah”
“Kesian Siti Kasim ni. Semoga peroleh hidayah”
“Bumi ni Allah yang punya. Dimana-mana boleh solat”
Macam-macam perangai orang zaman sekarang ini.
Sumber ; Murai/ HM
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply