Kereta Sampai Jadi Bentuk ‘V’, Driver Myvi Kuning Ceritakan Hari Kejadian Macam Maner Dia Boleh Terselamat

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan kema.langan ngeri yang berlaku di Ibu Negeri, Kuala Lumpur di mana sebuah lori pasir telah menghen.tam 5 buah kereta sehinggakan terdapat sebuah kereta dalam keadaan re.muk yang teruk.

Mujur, ada beberapa bukti kukuh daripada pengguna jalan raya yang lain merakam kejadian itu berlaku.

Difahamkan dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna kuning dihentam dari belakang dan mengalami keros.akan teruk atau ‘total lost’.

Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut terselamat dan kini sedang berehat di rumah selepas keluar dari hospital.

Jadi, SK ingin kongsikan satu rakaman telefon daripada rakan sekerja mangsa, Firdaus Hisham yang bertanya khabar keadaan semasa mang.sa yang dikenali sebagai Nik Adlee atau Abang Nik selepas kemalangan jalan raya.

“Badan sakit-sakit lagi…. saya punya leher, semua sakit lagi tapi saya dah discharge… hidung pa.tah muka bengkak lagi”

“Kalau takda ‘air bag’ saya dah tanam dah… kereta pun tak meletop itu memang bernasib baik la tu…”

Difahamkan, seluruh keretanya remuk namun kuasa Tuhan, bahagian pemandu sahaja tidak remuk dan mangsa terselamat walaupun mengalami kecede.raan di bahagian muka akibat ‘air bag’ pecah.

“Sebenarnya, saya tak boleh keluar dari kereta itu, tetapi saya minta tolong orang ramai untuk tarik kereta agar ada ruang, baru saya dapat bergerak keluar, sebab ketika tu kereta dah jadi bentuk V,” jelasnya dalam rakaman perbualan tersebut.

“Alhamdulillah takda apa, cuma badan sakit-sakit lagi… Tuhan memang nak tolong…”

VIDEO – part I

VIDEO – part II

 

Sumber: Siakap Keli

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*