
Pagi semalam sebuah kereta mewah Lamborghini dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, menghala ke Bulatan Pahang di sini pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna kelabu yang dipandu oleh seorang wanita berusia 53 tahun terbalik dan melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya.
Bagaimanapun, kesemua pemandu kenderaan yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Pemandu Lamborghini Beritahu Ini Kereta Sewa
Tersebar pula video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Lamborghini mengaku yang kereta mewah itu bukan miliknya.
VIDEO
Ini selepas ada seorang pengguna jalan raya membuat rakaman dan menunjukkan dua orang pemuda yang dipercayai membawa Lamborghini terbabit.
Salah seorang pemuda itu kemudian menjawab secara spontan yang kereta itu bukan miliknya, sebaliknya dia telah menyewa Lamborghini terbabit.
Pemilik Sebenar Lamborghini tampil beritahu hal sebenar
Tersebar pula perbualan whatsapp yang dipercayai pemilik Lamborghini menyatakan dua orang pemuda itu adalah pekerja bengkel.
Mereka dikatakan sedang melakukan pandu uji tetapi telah membawa laju sehingga 200km/j. Mereka turut memberi alasan ‘brek tidak makan’ sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.
Pemilik Lamborghini meluahkan rasa kecewanya apabila pemuda terbabit cuba lepas tangan dengan menyatakan ia kereta sewa.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Lamborghini yang dipandu lelaki berusia lingkungan 42 tahun dari arah KLIA menghala ke Bulatan Pahang.
Kata beliau, sebaiki sahaja tiba di lokasi, terdapat deretan kenderaan yang berhenti akibat kesesakan lalulintas namun pemandu gagal mengawal kenderaan dan melanggar kenderaan jenis Proton Perdana dipandu wanita terbabit sehingga kenderaannya terbalik.
“Kenderaan itu kemudian melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya.
“Setakat ini, pemilik tiga jenis kenderaan iaitu kereta Mazda berwarna merah, Nissan Serena berwarna hitam dan kenderaan jenis pacuan 4 roda jenama Ford Ranger 2.0 berwarna biru telah hadir membuat laporan.
“Siasatan lanjut diteruskan jika terdapat lain-lain kenderaan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata Sarifudin, ujian air kencing dan alkoh0l pemandu Lamborgini didapati negatif.
Sumber: Utusan Online | OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply