Viral !! Pernah Dik3cam Seperti ‘Beɑuty & The Beɑst’ Kerana Nikɑhi Wɑnita Persist Bintang Hollywood 3 Tahun Lalu Dan Ini Yang Terjadi Kepada Mereka

JAWA TENGAH: Pasangan sejoli, Nur Khamid dengan Polly Alexandria pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara-gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Walaupun sudah tiga tahun berlalu, masih ramai belum mengetahui bagaimana cara lelaki berasal dari Magelang itu memikat hati wanita cantik berkulit putih tersebut, lapor Suara.com.

Pasangan bak kopi dan susu ini asalnya bertemu di Pantai Double Six, Seminyak, Bali. Nur Khamid ketika itu bekerja sebagai Jurulatih Meluncur di Bali, sementara Polly merupakan pelancong yang sedang bercuti di Kota Dewata itu.

Berdasarkan maklumat daripada video di YouTube Nur Khamid berjudul Once in a Lifetime, lelaki itu menceritakan fakta unik mengenai cara dia mendekati wanita itu.

Katanya, dia mula tertarik dan berhasrat ingin berkenalan dengan gadis Eropah itu ketika melihat Polly sedang berjemur di tepi pantai. Lelaki itu menggunakan taktik mengguling-gulingkan badannya sehingga menarik perhatian wanita itu.

Dipendekkan cerita, dia berjaya mengenali Polly lebih lanjut dan mengajaknya ke kedai makan. Selepas itu, mereka bertukar-tukar nombor telefon dan sentiasa berhubung kerana jarak memisahkan mereka berjumpa secara fizikal.

Cinta mereka ternyata kuat sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri pada 18 Disember 2018. Selepas tiga tahun berkongsi kasih dan menjalani kehidupan bersama, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak, Mac lalu.

Berita gembira itu diumumkan dalam Instagram milik mereka berdua. Namun, jantina dan rupa paras bayi itu masih menjadi teka teki kerana pasangan itu masih merahsiakan sehingga sekarang.

Tuah si peluncur air, kahwini wanita Inggeris persis bintang Hollywood

MUNGKIN ada dalam kalangan anda yang terfikir untuk tukar kerjaya selepas membaca kisah ini. Tetapi jodoh itu bukan sesuatu yang boleh dirancang. Sebaliknya, yakinlah jodoh yang dihantar kepada kita adalah yang terbaik.

Heboh di media sosial Indonesia sejak beberapa hari ini, kisah seorang jurulatih luncur air di Bali, yang menikahi seorang gadis cantik berambut perang dari Manchester, United Kingdom.

Nur Khamid dan Polly Alexandria Robinson berkahwin dalam satu majlis serba sederhana, 16 Disember lalu di kampung halaman Khamid di Magelang, Indonesia.

Perkenalan mereka bermula pada Ogos 2017, ketika kunjungan Robinson ke Bali. Khamid merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar Robinson meluncur air.

Robinson memaklumkan kepada portal Tribun News, dia jatuh hati dengan karakter baik hati dan penyayang Khamid, selain menyifatkan lelaki berusia 26 tahun itu sebagai seorang individu yang tidak mementingkan diri serta sangat rajin.

Khamid pula berkata, dia sendiri masih tidak percaya akan berjodohan dengan gadis berusia 21 tahun itu.

“Bukan setakat orang luar, ibu bapa saya pun selalu meremehkan hubungan kami dan merasakan tidak mungkin kami ada jodoh,” kata Khamid yang turut memiliki sebuah restoran di Bali.

Ini bukanlah kali pertama perkahwinan dua budaya seperti ini menjadi tular di Indonesia. Sebelum ini, seorang lelaki yang juga pemandu pelancong di Padang, Bayu Kumbara, mengahwini wanita Inggeris, Jennifer Brocklehurst pada 2015.

Mereka kini hidup bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan, Olivia Azzahra.

 

Sumber: trendingsangat.pw

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*