Selepas Masjid Putrajaya Minta Maaf , Sekali Ini Yg Terjadi Di Laman FB Masjid Tersebut

Pihak pengurusan Masjid Putra di Putrajaya hari ini memohon maaf atas “kekhilafan” yang berlaku ketika mereka mengendalikan kemasukan jemaah untuk solat Jumaat semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan Masjid Putra hari ini mereka berkata, pihak pentadbiran akan berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah “daripada pelbagai kedudukan”.

Katanya ia adalah langkah untuk memelihara nama baik institusi masjid.

“Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran Masjid Putra akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Justeru kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi,” katanya dalam kenyataan.

Ia turut dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad pagi ini.

Semalam tular satu klip video pendek menunjukkan orang ramai berkumpul di depan pintu pagar Masjid Putra untuk mendapatkan tempat bagi melaksanakan solat Jumaat di pusat pentadbiran negara berkenaan.

Ketika mereka masih berharap, kelihatan seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan mewah masuk ke masjid berkenaan diiringi dua lelaki dipercayai pengawal keselamatannya.

Ia menyentuh hati orang ramai yang turut berasa sedih kerana beranggapan kumpulan orang awam terbabit tidak mendapat layanan yang sepatutnya walaupun mereka hanya mahu masuk ke masjid.

Untuk rekod ketika ini prosedur operasi standard (SOP) untuk solat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan masih dikekalkan di sebalik peralihan status Lembah Klang dari fasa satu kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

Pentadbiran Masjid Putra berkata kehadiran jemaah di situ – sama ada untuk solat fardu lima waktu atau solat Jumaat – adalah tertakluk kepada garis panduan dan ketetapan SOP ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Untuk solat Jumaat, katanya, kapasiti jemaah di Masjid Putra ditetapkan seramai 300 orang.

“Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan bagi memudahkan pengurusan memastikan jumlah kehadiran bertepatan dengan kuota yang ditetapkan,” katanya.

Tidak dapat dinafikan, tambahnya, saban minggu Masjid Putra menerima kehadiran jemaah solat Jumaat melebihi kapasiti yang ditetapkan malah kedatangan itu bermula seawal jam 11 pagi.

Apabila kapasiti mencukupi, pihak pengurusan akan menutup pintu pagar utama menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

“Pihak masjid telah memaklum dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut,” katanya.

Masjid Putra juga, kata kenyataan tersebut sedia menerima sebarang cadangan dan maklum balas daripada orang ramai yang boleh disalurkan terus kepada pihak pengurusan.

Netizen Tidak Berpuas Hati Dan ‘Menyerang’ Masjid Putra Di FB

Walaupun penjelasan rasmi telah diberikan oleh Masjid Putra tetapi netizen masih tidak berpuas hati. Rata rata menyatakan isu antara dua darjat ini tidak sepatutnya berlaku.

Jika rakyat biasa boleh datang awal dan menunggu oleh itu golongan VIP perlu turut sama.

“VIP tu patut datang awal la, baru adil, jaga la nama baik sendiri orang dah bagi kelebihan, tapi tunjuk la tauladan yang elok, bukan tunjuk kuasa”

“Cuba tengok dalam video tu, golongan umur mana yg ramai? Dan lumrahnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. KJ menteri KKM ckp ENDEMIC, so ubah lah SOP ikut fasa sekarang.”

“Sy menyarankan bagi yg mendapat kuota pihak masjid ataupun VVIP yg mahu hadir perlu smpai mengikut masa yg ditetapkan”

 

Artikel Sebelum

Ahli parlimen Putrajaya akhirnya tampil dengan kata-kata ini selepas k3coh VIP dibenarkan solat walaupun pintu masjid telah ditutup

Putrajaya – Merujuk insiden tular diperkatakan warganet apabila ramai dihalang memasuki masjid tersebut walaupun Putrajaya sudah beralih ke Fasa 2 PPN.

Sebaliknya, beberapa jemaah kenamaan dilihat dapat masuk meskipun datang lambat dan ia mencetuskan kem.arahan umat Islam seolah-olah ada perbezaan layanan antara dua darjat sekali gus ramai mempersoalkan SOP MKN yang jelas menyatakan had jemaah berdasarkan kapasiti premis dengan ada penj.arakkan fizikal.

Ini bermakna masjid yang pertama dibina di Putrajaya pada 1999 dengan kos RM 250 juta itu, sepatutnya boleh diisi 8,000 berbanding had maksimum sebelum ini adalah 15,000 jemaah.

Bagaimanapun, hanya 300 orang dibenarkan masuk walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN bermula semalam.

VIDEO

Tengku Adnan rayu had jemaah solat Jumaat Masjid Putra ditambah

Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku berkaitan tularnya video melibatkan seorang VIP untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra semalam dengan jemaah yang lain terpaksa menunggu dan beratur di luar.

Selaku Ahli Parlimen Putrajaya, saya amat terkilan dengan apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada jemaah yang terlibat.

Saya juga amat kesal dan terkilan berkaitan in.siden terbabit yang seakan wujudnya perbezaan antara dua darjat sedangkan dalam Islam, kita semua adalah sama tanpa melihat kepada pangkat atau kedudukan.

Sepanjang pengetahuan saya, permasalahan seperti ini tidak pernah berlaku walaupun dalam surau-surau Jumaat yang ada di Parlimen Putrajaya. Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang amat tidak wajar apatah lagi apabila melibatkan orang ramai dan juga pemimpin yang sepatutnya lebih mendahulukan rakyat.

Lebih dari itu, Masjid Putra juga mempunyai ruang yang besar dan tentunya kapasiti jemaah yang boleh masuk juga adalah ramai, malah saya yakin sekiranya ada budi bicara tentunya para jemaah juga maklum akan pematuhan dan amat tahu tentang penjarakan sosial, malah mereka juga pasti akan mencari ruang/sudut yang sesuai untuk bersolat dalam keadaan patuh kepada peraturan.

Saya faham bahawa mana-mana penjaga masjid perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan ekoran SOP yang mesti dilaksana bagi mengekang penularan w.abak C0VID 19, namun i.nsiden semalam amat mem.alukan malah menc.emarkan kesucian Islam. Hal ini di luar dari adab dan akhlak Islam itu sendiri.

Sehubungan itu, saya merayu kepada pihak berwajib termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melonggarkan hal berkaitan solat berjemaah di masjid-masjid dan acara keagamaan dalam qariah berkaitan.

Penggunaan masjid secara maksimum dengan terus mematuhi SOP yang ada juga akan dapat memanfaatkan usaha untuk sama-sama memanjatkan doa bagi mengelakkan sebarang musibah termasuklah mengangkat w.abak C0VID 19 dari muka bumi.

Kelonggaran untuk membuka atau melonggarkan ruang ibadah ini sesuailah dengan kedudukan Putrajaya yang telah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ini juga akan memberi manfaat yang amat besar kepada kesejahteraan dan kemaslahatan masyarakat Islam keseluruhannya.

 

Tular rakaman VIP boleh masuk masjid solat Jumaat sedangkan pintu telah ditutup, akhirnya pengurusan masjid putrajaya tampil dengan kata-kata ini

 

 

Pengurusan Masjid Putra tampil memberi penjelasan berhubung penularan satu video di laman sosial kononnya mendakwa mereka memberi layanan berbeza kepada jemaah yang hadir bagi mengikuti solat Jumaat.

Pengurusan Masjid Putra dalam satu kenyataan berkata, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid itu adalah masih mengikut garis panduan dan ketetapan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dengan kapasiti 300 orang.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota buat jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dengan turut memaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

“Ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Satu video tular di laman sosial sejak Jumaat memaparkan ketidakpuasan hati sebilangan jemaah terhadap pengurusan masjid itu yang dilihat memberi layanan berbeza kepada mereka sewaktu ingin menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian video berdurasi 51 saat itu, pengurusan masjid dilihat menutup pintu pagar dan hanya membenarkan jemaah tertentu memasuki ruang rumah ibadah terbabit.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, saban minggu Masjid Putra sememangnya menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak jam 11 pagi lagi bagi menunaikan solat Jumaat.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid dan menyebabkan ada jemaah yang hadir tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

“Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan

“Justeru, kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi,” katanya.

“Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini,” katanya lagi.

VIDEO:

 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Malaysia Kini | FB Masjid Putra Putrajaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*