Kehidupan

Teringat Kisah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Selepas Tengok Video Viral VIP ‘P0tong Barisan Nak Solat Jumaat

“Masa saya umur 19 tahun satu minggu sebelum saya terbang ke Australia menyambung pengajian di universiti, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz #ATGNA minta saya datang solat Subuh di masjidnya di Pulau Melaka sebab ATGNA nak berikan hadiah. Bayangkanlah, rumah saya di PCB, perlu solat Subuh di Pulau Melaka, jauh juga, jadi saya bertolak ke sana seawal jam 4.30 pagi.

“Usai solat, saya dibawa masuk ke rumahnya. ATGNA sendiri pegang tangan saya pimpin masuk ke rumah, ATGNA sendiri jemput saya duduk, ATGNA sendiri hulurkan secawan teh panas kepada saya. Manis senyumannya ATGNA, tampak ikhlas, berjubah putih, berserban putih, cukup sederhana.

“Sedang saya duduk, ATGNA datang ke ruang tamu hulurkan sepasang stoking berwarna hitam. Stoking tebal. Tanpa beg plastik atau bungkusan.

“Kata ATGNA, “Stoking ini ambo (saya) dah pakai, satu kali. Ambo beli sendiri di luar negara (maaf, saya tak ingat negara mana). Tebal, sesuai untuk dipakai pada musim sejuk. Di Australia ada musim sejuk. Nak bagi hadiah lain, tak ada…”

“Kerendahan dirinya buat saya sebak. Mana nak cari lelaki baik seumpama dirinya sekarang ini, susah…. Mungkin ada orang lain yang baik atau lebih baik daripada ATGNA, tetapi kerendahan dirinya sukar diganti.

Saya bawa stoking hitam itu ke Australia. Saya pakai, saya tak simpan. Sehinggalah tahun ke-5 di sana, stoking itu koyak pada bahagian tumit dan tak selesa dipakai lagi.

Tiba-tiba saya teringat kisah lebih 15 tahun lalu ini, sebab tadi anak sulung saya tunjuk stoking sekolahnya yang berwarna hitam itu koyak pada bahagian tumit, sama macam stoking saya hadiah daripada ATGNA yang k0yak itu.

Saya rindu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz…

Banyak pesanan peribadi ATGNA kepada saya, dua daripadanya saya nak kongsi;

1) Belajar setinggi mana pun, ingat ilmu kita tetap jauh lebih rendah berbanding ilmu Allah SWT. Walau bagaimana pun kita tetap kena belajar kuat-kuat, sungguh-sungguh, tinggi-tinggi.

2) Orang beriman sebenarnya, dia tengok kucing pun dia ingat Allah, boleh buat dia ingat kehebatan Allah SWT. Kita kena jadi macam tu. Tak perlu tunggu nak tengok gunung-ganang terbang baru nak ingat Allah…

Cukuplah 2 ni. Dah cukup sentap untuk saya ni. Muhasabah diri. Saya pernah kongsi tulisan ini sebelum ini, pada 17/01/2020 https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10156753296575736

ATGNA sebut juga dirinya bangga saya seorang anak jati Kelantan dari kampung, berjaya dapat peluang belajar ke Australia dengan biasiswa penuh. Dipeluknya saya, menitis air mata saya. Sebak. Padahal saya ni tak seberjaya mana, ramai lagi rakan-rakan dan anak-anak Kelantan lain yang dapat ke luar negara dengan biasiswa bahkan lebih berjaya berbanding saya. Tetapi ATGNA ajak jumpa dan berikan stoking hitam itu, buat saya sungguh-sungguh gembira.

Saya rindu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Masa itu saya tak punya kamera biasa apatah lagi kamera digital, smartphone pun belum tercipta. Tak ada gambar kenangan. Yang ada hanyalah ingatan, kerinduan dan kasih sayang.

Dan tengok video viral berkaitan isu VIP ‘potong barisan nak solat Jumaat (Masjid Putrajaya)’ dan saya jumpa-tengok gambar ATGNA berstatus VIP yang beratur begini bersama rakyat marhaen, rasa bertambah rindu…… Mungkin ada lelaki lain yang baik atau lebih baik daripada ATGNA, tetapi kerendahan dirinya sukar diganti. Dan dirindui. Aduhhh. Sebak rasa 🥺

FB Syahr Musafir II Isnin 13/09/2021

Gambar hasil carian di Google.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz Tetap Beratur Macam Orang Lain Sedangkan Beliau Adalah MB Masa Itu

” Arwh tetap beratur macam orang lain sedangkan beliau adalah MB masa tu..”

Demikian perkongsian penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi mengenai akhlah terpuji Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sewaktu hayatnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ustaz Abdullah turut berkongsi gambar Almarhum yang sedang beratur untuk mengambil nasi bungkus meskipun beliau ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

” Tawadhu’ seorang manusia bernama Tok Guru Nik Aziz, arwh tetap beratur macam orang lain sedangkan beliau adalah MB masa tu tapi terap bersabar menunggu macam orang lain bahkan makan nasi bungkus macam rakyat biasa

” Kedudukan VIP tidak menghalalkan kita untuk pintas HAK orang lain. Tidak ada kemuliaan ke atas manusia melainkan taqwa kepadaNya

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu (al-Hujurat: 13)”

” Kita mungkin ada tak bersetuju dengan semua perkara dengan Tok Guru, tapi sifat tawadhu’ Tok Guru mesti dicontohi. Moga Allah merahmati Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.” tulis Ustaz Abdullah.

Terdahulu, rakaman berdurasi 52 saat itu memaparkan pintu pagar utama masjid dibuka untuk seorang VIP sebaik tiba dengan menaiki kenderaan mewah manakala jemaah lain hanya mampu beratur sambil memegang sejadah.

 

Sumber : FB syahr.musafirzawawi via trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *