
PELANCONG yang akan ke Langkawi bermula Khamis (16 September) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas ke pulau peranginan yang terletak di negeri Kedah itu.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva ataupun melakukan ujian pengesanan Covid-19 di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta.
“Ujian pengesanan ini akan dilakukan ke atas individu dewasa (18 tahun ke atas) serta remaja dan kanak-kanak berusia tujuh sehingga 17 tahun.
“Bagi kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva.
“Bagi mereka yang didapati negɑtif, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, manakala individu yang didapati p0sitif Covid-19, mereka tidɑk dibenɑrkan untuk meneruskan perjalanan dan akan diuruskan sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kes p0sitif dan kontak rapat yang sedia ada,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Berikut merupakan ketetapan yang diumumkan kerajaan berhubung gelembung pelancongan domestik pertama ke Langkawi:
1. Menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Antigent) di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas; ATAU
2. Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di tempat saringan yang disediakan; ATAU
3. Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply