
Lama tidak mendengar khabar pelakon cantik, Anzalna Nasir yang dilihat kini sibuk menguruskan keluarganya selepas kehadiran anak pertama. Namun begitu, Anzalna tetap tidak lokek berkongsi aktiviti harian di media sosial miliknya untuk tatapan buat para peminat.
Sambut hari lahir suami
Dalam posting terbaru pelakon tersebut, dia telah menyambut hari ulang tahun suami tersayang Hanif Zaki bersama ahli keluarga. Dia juga memberikan ucapan yang cukup romantis buat suaminya dan sempat memaklumkan akan ada banyak kejutan buat Hanif.
Kejutan istimewa buat suami tersayang
Oleh itu, dalam satu lagi perkongsian, Anzalna telah membuat kejutan buat suami apabila tampil berhijab. Hanif yang dilihat terkejut dengan penampilan terkini isterinya terus memeluk dan mencium pelakon tersebut bersama anak mereka.
Untuk Menonton VIDEO : Anzalna Buat Kejutan
Mohon doakan terus istiqomah
Menerusi posting tersebut, Anzalna telah menulis kapsyen ringkas dengan berharap agar penampilannya terus istiqomah dan sekali lagi mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya.
Sememangnya, perubahan yang dibawa oleh Anzalna merupakan hadiah cukup istimewa untuk Hanif.
Syukur Alhamdulillah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalan dan juga warganet telah mengucapkan syukur apabila melihat pelakon drama Dendam Aurora itu kini berhijab.
Mereka turut memuji penampilan Anzalna yang dilihat kian berseri serta sempat mengucapkan selamat hari lahir buat Hanif.
MasyaAllah, cantik sangat
Tahniah sis!
Perjalanan yang cukup indah
Suami mohon kita sama2 doakan
Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Anzalna Nasir
Nama penuh: Nur Anzalna Bte Md Nasir
Nama popular: Anzalna Nasir
Tarikh lahir: 9 Januari 1988
Umur: 31 tahun
Kelahiran: Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon dan model
Media sosial: Instagram @anzalnanasir88
Fakta Menarik
1. Anak kedua daripada lima adik-beradik. Kesemuanya perempuan. Dua lagi adiknya juga pelakon iaitu Mia Nasir dan Afifah Nasir.
2. Berdarah kacukan Melayu, Cina ,Punjabi dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina, manakala ibunya pula Punjabi.
3. Mendapat pendidikan di beberapa sekolah, dalam dan luar negara kerana keluarganya sering berpindah-randah ketika beliau membesar iaitu di Coronation Elementary School, Sinclair Laird Elementary School, Bancroft Elementary School, SMK Munshi Abdullah, SMK Khir Johari, Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania.
4. Bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 yang ketika itu turut disertai Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin.
5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
6. Beberapa filem dibintanginya ialah Sepah The Movie, Kahwin 5 dan Tyickoouns.
7. Pembabitannya dalam drama antaranya menerusi Suria di Cordoba, Gemersik Kalbu, Love You Mr. Arrogant, Buletin Cinta, Aku Isterinya, Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Mamu Mami Gosip.
8. Termasuk telefilem Ajaibnya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Salahkah Aku, Destinasi Cinta Sara, Cinta dari Syurga, Jauh dan Vlog Laura.
9. Pernah menjadi duta, model dan jurucakap produk-produk terkemuka seperti Celcom, Franch Oil, Ecpi, Safi Balqis, Qu Puteh dan Trenz (Indonesia TV).
10. Mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki yang juga seorang ahli perniagaan pada 2016.
11. Pada 9 Januari 2019, beliau mendedahkan sedang hamil anak sulung. Kandungan itu sudahpun berusia empat bulan.
Sumber: ohmymedia | iluminasi
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendir
Leave a Reply