[Video] Suami Strok Tak Bleh Jalan, Isteri Tetap Cekal Jaga Walaupun Hidap Kans3r & S4kit Buah Pinggang

Kehidupan suami isteri umpama pakaian yang saling melengkapi dan menutup kelemahan. Sama seperti perkongsian seorang wanita di TikTok yang harus menempuh dugaan apabila suaminya diserang strok. Video perkongsian Auni Muthalib itu menerima komen positif daripada warganet yang turut bersimpati dan memuji ketelusan cinta yang jelas dapat dilihat melalui video tersebut.

 

SUAMI STR0K TAK BOLEH JALAN, ISTERI R3DHA HADAPI DUGAAN

 

Menerusi video yang dikongsi itu, setiap kali Auni akan ke dialisis, dia akan membantu suaminya untuk berdiri dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa bersama. Menurut wanita cekal itu, dia menghidapi sakit buah pinggang dan kanser yang kadang-kala akan menyebabkan badanya lesu dan kepenatan.

 

“Jalani semua ujian dengan hati yang sangat terbuka,” luahnya.

 

Tambahnya lagi, meskipun mengambil masa selama empat jam untuk menjalani dialisis tersebut, suaminya tetapi setia menunggu hingga selesai tanpa merunggut.

Untuk Melihat Video :SUAMI STR0K TAK BOLEH JALAN, ISTERI R3DHA HADAPI DUGAAN

 

“HARGAI PASANGAN KETIKA MASIH ADA,,”

Kecekalan pasangan suami isteri ini telah membuka mata warganet untuk sentiasa bersyukur dan menghargai pasangan meskipun tidak sempurna seperti yang diidamkan. Sehingga kini video yang memberi kesan hati warganet telah menerima 306,300 tontonan.

 

Semoga kita dijodohkan dengan pasangan yang menerima kekurangan dan tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan untuk berpisah.

Sumber: TikTok Auni Muthalib Via Siraplimau

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*