
Terbaru, seramai 175 penumpang yang sepatutnya menaiki feri ke Pulau Langkawi dari Terminal Feri Kuala Perlis semalam dan hari ini didapati tidak hadir.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Venture, Kapten Baharin Baharom berkata, sebanyak 798 tiket dijual untuk feri semalam, namun, hanya 709 sahaja yang menaikinya manakala jualan tiket untuk hari ini pula adalah sebanyak 562 tetapi hanya 476 yang hadir untuk ke Langkawi.
Katanya, pihaknya banyak menerima emel daripada penumpang untuk menukar tarikh perjalanan mereka ke satu tarikh yang lain.
“Mungkin mereka masih terkejut dengan arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang disyaratkan untuk memasuki Pulau Langkawi.
“Keperluan untuk melakukan kit ujian pantas (RTK) Covid-19 sebelum dibenarkan menaiki feri dipercayai mendorong kepada hal ini. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak bersedia daripada segi kos,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Baharin memberitahu, pihaknya memberi kelonggaran kepada penumpang yang ingin menukar tarikh perjalanan mereka yang dibuat tiga hari lebih awal sebelum tarikh tersebut.
Tak bersedia jalani RTK antara punca 175 penumpang tidak jadi ke Langkawi
PENUMPANG menjalani kit ujian pantas (RTK) Covid-19 di Terminal Feri Kuala Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
“Yang beli di kaunter boleh berbuat demikian di kaunter manakala yang beli dalam talian pula boleh emel kepada kami. Penukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh masa sehingga 31 Disember ini.
“Bagi yang didapati positif Covid-19 semasa ujian pengesanan pula, mereka akan diberi tempoh selama tiga bulan untuk menukar tarikh kerana mereka ini perlu menjalani kuarantin dan sihat terlebih dahulu.
“Sehingga kini, belum ada lagi penumpang yang didapati positif semasa mahu menaiki feri. Jika seseorang individu itu didapati positif, dia dan kontak rapatnya tidak akan dibenarkan untuk menaiki feri,” ujarnya
Sumber: Utusan Online
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply