Selepas Namanya ‘Dipetik’…Wan Besi Tampil Bersama Peguam Dedah Cerita Sebenar Apa Yang Berlaku

Wan Besi atau nama sebenarnya, Wan Azhar Harun, 51, tampil menafikan penglibatannya dalam pen.yeludupan keluar usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dari Padang Besar dekat sini hingga ke Bangkok, Thailand.

Dia bersama peguamnya, Zuhair Ahmad Zakuan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar kira-kira pukul 12.51 tengah hari ini bagi membuat penafian tersebut sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.

Zuhair Ahmad berkata, anak guamnya mengetahui mengenai tu.duhan tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya menyatakan dia adalah pengkh.ianat negara kerana terlibat dalam seperti dliaporkan sebuah akhbar, hari ini.

Katanya, berita berkenaan adalah tidak wajar dan amat dikesali kerana lelaki itu tinggal di Padang Besar dan bekerja sebagai pengusaha ternakan lembu sejak 10 tahun lalu.

“Dia juga ada terlibat dengan pem.bedahan jantung, jadi dia agak uzur untuk melakukan perkara-perkara sedemikian. Oleh itu, kami datang pada hari ini untuk memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak terlibat seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari IPD Kangar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azhar memberitahu, dia mengetahui mengenai laporan akhbar itu daripada kawannya selepas pulang dari solat subuh pada pagi ini.

“Nama penuh saya memang lain tetapi orang memang mengenali saya sebagai Wan Besi,” katanya.

Terdahulu…

Dalang telah diketahui! rupanya ini individu yang bantu Sajat lolos ke Bangkok, bukan biasa-biasa orangnya

Pengkhia.nat negara. Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.

Sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil siasatan baharu dilakukan pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pembolosan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand.

Memperincikan maklumat terkini hasil siasatan itu selepas pendedahan eksklusif Harian Metro sejak Isnin lalu, sumber memaklumkan, terdapat individu tertentu iaitu seorang lelaki yang juga berkaitan dengan Wan Besi membawa Nur Sajat dengan menaiki kenderaan memulakan perjalanan dari banglonya di Petaling Jaya pada minggu pertama Mac lalu.

“Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menye.ludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.

“Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok,” katanya.

Ditanya kos perbelanjaan sebenar untuk membawa keluar Nur Sajat dari Malaysia, sumber itu memaklumkan, RM20,000 dikenakan Wan Besi kepada usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok.

“Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersu.bahat dengannya,” katanya yang mendedahkan maklumat terkini siasatan dilakukan pihak berkuasa bagaimana Nur Sajat boleh lolos dengan mudah ke negara gajah putih itu.

Menurutnya, pihaknya juga percaya ada bayaran lain yang dikenakan kumpulan itu untuk membawa Nur Sajat dari Lembah Klang ke Padang Besar, Perlis dan siasatan sedang dilakukan mengenainya.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penye.ludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.

Katanya, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaharu kes tem.bakan di sempadan yang menyebabkan kema.tian anggota Pasukan Gerakan Am.

“Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.

“Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pendedahan eksklusif Harian Metro semalam turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain ‘berlagak’ dengan kad pelarian UNHCR yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok.

Untuk rekod, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita ketika serbuan pihak imigresen pada jam 6 petang waktu Thailand.

Pada 9 September lalu, atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun dia dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya berkenaan sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

 

Sumber: HMetro | Kosmo

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*