
Insiden seorang wanita pengsan selepas mendapat suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dipercayai berpunca kerana dia tidak mengambil sarapan pagi, hari ini.
Menurut sumber, setelah urusannya selesai, wanita itu dikatakan menemani anaknya yang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan.
“Individu yang pengsan merupakan seorang wanita yang mengambil vaksin dalam keadaan perut kosong. Kemudian wanita itu menemani anaknya beratur untuk mengambil vaksin,” katanya di sini hari ini.
Sebuah klip video berdurasi 20 saat menunjukkan wanita yang memakai baju berwarna ungu itu diangkat di atas pengusung sebelum dimasukkan ke dalam sebuah ambulans oleh pasukan paramedik untuk rawatan lanjut.
Klip video itu dikongsi secara meluas diaplikasi WhatsApp dan dewan tersebut dikatakan menjadi lokasi individu bawah 18 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Kosmo! mendapat maklumat bahawa individu yang berusia bawah 18 tahun hanya boleh menerima vaksin Pfizer dengan dewan tersebut merupakan PPV yang menerima individu secara ‘walk-in’ selain di Axiata Bukit Jalil dan Klinik Kesihatan Daerah.
Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menemani anak masing-masing di samping perlu membawa surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.
Seorang ibu dikenali sebagai Yatimah Rasidi turut merungut apabila anaknya terpaksa beratur di tengah panas untuk mendapatkan suntikan vaksin di lokasi berkenaan hari ini.
“Berpanas beratur untuk vaksin di Dewan Sivik MBPJ. Ini ada yang boleh pengsan kalau terus begini,” tulisnya dalam status Facebook miliknya hari ini.
“Bukankah lebih elok buat di sekolah masing-masing supaya tidak menyusahkan anak dan ibu bapa,” komen Zauyah pula.
“Anak sudah habis sekolah belum cecah umur 18 tahun. Kasihan anak-anak. Saya tidak tahan terus duduk di kerusi tunggu sahaja anak beratur,” balas Yatimah
VIDEO:
Sumber: Kosmo Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply