Dewan PPV Gempar Remaja Menggeletar, Menjerit Mcm Kena Histeria “Siap Terbangun Makcik Yg Tunggu Turn Tu”

KECOH sebuah dewan PPV dengan suara jeritan seorang perempuan secara tiba-tiba.

Sekali dengar macam histeria, jeritan yang begitu kuat itu turut kedengaran seperti wanita sedang melahirkan anak di bilik bersalin.

Namun jangan salah sangka, ia sebenarnya adalah jeritan seorang gadis ketika menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV).

Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Azza Viviatie tidak menyangka tindakannya menjerit ketika menerima vaksin pada Ahad lalu sempat dirakamkan sehingga tular.

 

Remaja berusia 17 tahun itu memberitahu, kejadian berlaku di PPV Sook di Keningau, Sabah susulan kerajaan negeri memutuskan untuk memulakan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun pada 16 September.

“Saya memang dari kecil takut dengan jarum suntikan. Saya lebih rela tak pergi ke klinik kalau ada rawatan yang kena suntik.

“Tak sangka pula seorang rakan sekolah yang ketika itu berada di ruang pemerhatian selepas menerima suntikan sempat merakamkan suasana dewan yang kedengaran jeritan saya,” katanya kepada mStar ketika dihubungi.

jerit ppv 3

Azza (kanan) bersama ibu.

Azza berkata, dia ditemani bapa saudaranya ke PPV sebelum dibantu oleh beberapa sepupu yang merupakan petugas untuk urusan vaksinasi.

“Keluarga terutama mak tahu saya takut jarum suntikan. Mak kata dia tak kisah kalau saya nak menjerit atau melalak di PPV. Mak kata dia nak rakam saya kalau menjerit nanti.

“Mak memang suka menyakat dan bergurau. Tapi saya tak pergi dengan mak, saya minta tolong pakcik hantarkan ke PPV sebab dia tak tahu saya takut jarum.

“Bila video dah viral baru pakcik tahu yang saya sebenarnya takutkan jarum suntikan. Pakcik memang tak sangka sebab dia ingatkan saya berani.

“Pakcik gelakkan saja masa dia tahu. Dia pesan jangan buat macam tu (jerit) lagi,” ujarnya yang berasal dari Keningau.

jerit ppv 5

Azza merupakan pelajar calon SPM 2021.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia tidak membuat rakaman ketika menerima suntikan kerana terlalu gemuruh ketika itu.

“Macam mana saya nak rakam, saya sendiri gelabah sebab terlalu nervous. Agaknya kira-kira 15 minit juga saya berada di bilik suntikan.

“Memang saya takut masa kena suntik. Paling risau kalau tengah gelabah tu, tiba-tiba jarum suntikan tu patah.”

AZZA VIVIATIE

“Memang saya takut masa kena suntik. Paling risau kalau tengah gelabah tu, tiba-tiba jarum suntikan tu patah.

“Saya fikir ada kira-kira empat petugas ketika itu bantu menenangkan saya. Bila dah selesai suntik, saya masih menggeletar satu badan,” kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 itu.

jerit ppv 4

Azza menganggap tindakannya menjerit di PPV sebagai satu pengalaman lucu.

Azza bagaimanapun menjelaskan bahawa jeritannya ketika menerima suntikan itu bukan dibuat-buat, sebaliknya untuk meredakan perasaan gementarnya.

“Saya jerit sebab nak release perasaan masa tu. Memang saya malu, tapi rasa kelakar pun ada sebab lawak sampai jeritan saya didengar satu dewan,” tambahnya.

Walaupun takut dengan jarum suntikan, remaja yang aktif bermain bola tampar itu bagaimanapun tidak sabar untuk melengkapkan suntikan dos kedua vaksin.

“Sebelum ini saya tak boleh masuk kedai sebab belum divaksin. Bila pergi dengan mak, terpaksa tunggu di luar, memang frust.

“Selain mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, saya boleh masuk ke shopping mall bila dah lengkap vaksin nanti. Harapnya tak ramai orang dalam dewan kat PPV masa saya terima dos kedua nanti,” ujarnya secara berseloroh.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*