Individu yang viral sebelum ini mendakwa dipaksa berada di ICU selepas dijngkiti c0vid19 telah pergi menghadap ilahi … AlFATIHAH

PETALING JAYA – Seorang pesakit Covid-19 yang tular selepas mendak.wa dirinya ‘dicu.lik’ dan ‘dipak.sa’ berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang disahkan meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham Affendy Mohd Yusof, 43, dikatakan sudah dipindahkan ke wad biasa selepas melepasi tempoh ja.ngkitan Covid-19.

Khabar dipercayai berkaitan pemergian arwh turut dikongsi seorang pengamal perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan di laman Facebook milik beliau sebentar tadi.

“Ajal ma.ut bukan di tangan doktor atau peguam atau atas sesuatu prosedur. Ajal ma.ut telah ditetapkan. Persoalannya, adakah kita sudah berikhtiar sehabis baik. Apa yang kita boleh bakal lakukan kalau ada kes akan datang.

“Ajal dia sudah sampai dan nya.wanya sudah diambil. Sama seperti saya, kalian semua juga mesti redha dengan pemergian dia.

“Persoalannya, apa yang kita akan buat atau patut buat pada masa hadapan untuk kes sama? Apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah ini,” tulisnya hari ini.

Pada 13 September lalu, Kosmo! melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Ma’arof Sudin berkata, pe.sakit berkenaan telah dimasukkan ke wad ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

Menurutnya, pihak hospital berulang kali menjelaskan kepada pe.sakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh memba.hayakan dirinya sekiranya dia tidak membenarkan rawatan dijalankan.

Terdahulu..

Pesakit dakwa dipaksa masuk ICU sebenarnya kritikal

GEORGE TOWN – Seorang pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya ‘dicu.lik’ dan ‘dipak.sa’ berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini disahkan masih menjalani rawatan di ICU memandangkan keadaannya yang kritikal dan berisiko menyebarkan vi.rus itu sekiranya dibenarkan pulang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Ma’arof Sudin berkata, pe.sakit itu telah dimasukkan ke wad ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

“Pemeriksaan awal menunjukkan pe.sakit mengalami penurunan tahap oksigen yang sangat membimbangkan dan rawatan terapi oksigen telah dimulakan.

“Keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darah hanya boleh distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang pesakit Covid-19 di ICU HPP yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa menjalani rawatan di wad ICU hospital berkenaan walaupun keadaan kesihatannya stabil.

Tambah beliau, pegawai perubatan pakar perubatan rapi dan ICU telah memaklumkan kepada pesakit serta ahli keluarganya mengenai keadaan pesakit yang berada pada tahap kritikal.

“Pihak hospital juga telah berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya sekiranya dia tidak membenarkan rawatan dijalankan.

“Namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon untuk dibenarkan pulang atas risiko sendiri,” katanya.

Tambahnya, pihak hospital masih memantau dan menempatkan pesakit di ICU walaupun dia enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan memandangkan keadaannya yang kritikal.

Dalam pada itu, katanya, pihak HPP juga menafikan bahawa pesakit tidak diberi makanan ketika berada di ICU kerana pihaknya memberikan makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan penghadaman dan mengelakkan berlakunya komplikasi. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo via news.allmhi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*