
Kebenaran untuk rentas negeri dijangka dimuktamadkan dalam masa tiga minggu lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menteri Kanan itu berkata kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mempercepatkan program immunisasi untuk memastikan sasaran 90 peratus penduduk dewasa telah mendapat vaksin dapat dicapai dalam tempoh tiga minggu.
“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sempadan negeri akan dibuka apabila kita mencapai sasaran 90 peratus penduduk dewasa telah lengkap divaksinasi.
“Oleh itu, saya telah mengarahkan Angkatan T.entera Malaysia untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kita dapat mencapai sasaran 90 peratus tersebut secepat mungkin.
“Ini termasuk mengatur gerak lebih banyak C0mbat Medic Vaccination Team (CMVT) untuk membantu KKM memberi vaksin kepada masyarakat di kawasan pendalaman.,” katanya.
Dia ditemui ketika melawat kem Ulu Tiram di Johor Baru pada hari Sabtu.
Terdahulu…
Perdana Menteri beritahu sesuatu tentang kebenaran rentas negeri, adakah ini berita baik untuk rakyat?
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”.
Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lepas (22 Sept) 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.
“Insya Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.
“Kalau Rabu lepas sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa.
“Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Rabu lepas Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).
Artikel Terdahulu ….
Terkini ! PM Beritahu Sesuatu Tentang Kebenaran Rentas Negeri Kerana Sebab Ini
Terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”.
Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lepas (22 Sept) 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.
beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.
“Kalau Rabu lepas sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa.
“Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).
Terdahulu..
Baru je umum boleh rentas negeri, sekali ini yang terjadi di laman FB Perdana Menteri Ismail Sabri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Kes.elamatan Negara (MKN) hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar v.aksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.
Selain dari itu, Kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan.
Ketetapan lain yang dipersetujui termasuk
restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September 2021.
Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan wellness dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.
Pusat premis produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan, memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha operator dan pelawat pengunjung lengkap diva.ksin.
Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.
Sehubungan dengan kelonggaran itu, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja yang telah lengkap div.aksin.
Buat warganegara Malaysia yang tiba di pintu masuk antarabangsa tidak perlu membayar kos ujian RT-PCR, bagi warga asing kos ujian perlu ditanggung sendiri.
Sementara itu, K.erajaan turut menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan disiplin dan tanggungjawab.
Mesyuarat Bersetuju
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan P.andemik C0VID 19 hari ini bersetuju memberi kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar va.ksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.
Saya percaya, ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama. InsyaAllah, sasaran 90 ini dijangka dapat dicapai dalam masa 2-3 minggu sahaja lagi.
Hari ini, tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan juga telah diberi kebenaran untuk beralih ke fasa seterusnya. Selain itu, bermula esok, operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dipanjangkan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam.
Kelonggaran yang kita kecapi hari ini adalah hasil peng.orbanan kita bersama. Saya yakin, dengan adanya kelonggaran-kelonggaran ini, kita dapat mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara tidak lama lagi. Namun, dalam usaha ini, kita juga hendaklah sentiasa peka dan saling menjaga keselamatan diri dan Keluarga Malaysia.
Reaksi Dari Orang Ramai
Terkilan laa DS, rakyat macam tiada suara dalam kebebasan. Kerajaan lama janji 80, masuk Kerajaan baru naik 90. Pergi bercuti selamat, rentas negeri x selamat. Data dan sains lah sangat. Kalau ikut data dan sains, Kerajaan tak kan biarkan nasi menjadi bubur. Bukan semua orang nak pergi bercuti, ada keluarga betul-betul mengharap anak di perantauan untuk bantu itu ini. Terbaiklah DS, semoga maju jaya.
Buka la utk seminggu…rentas negeri. tmpt lain blh bg buka…sama ja pi mai pi mai..jgn bg anak2 di hntui penyesalan sepanjang hdp..jika xsmpat lht ibu ayah masa hdp.
Kami nk kebebasan bergerak mengikut sop dato sri.dos 1 pun ok lh jnji ikut sop.ni rakyat dh pening nk masuk mall pun pyh tkde 2 dos semua nk tnggu 2 dos.bagi aje kelongaran ape perkara pun rakyat senang jnji ikut sop.
Sabar laahh.. semua nak balik.kmpung jumpa family… aku pun dah setahun x balik.. bersabar jer laaa.. kang kes naik.korang bising salahkan k.erajaan plak.. bersabar sikit.. islam mengajar utk bersabar.. w.abak yg mel.anda ni bkn wabak biasa ..w.abak yg boleh membawa kepada kem.atian.. Allah uji kita semua db dia sygkan kita.
Dari dlu bagi janji dan harapan je pada rakyat…macam xd beza plak antara pm pak long dengan pm abah…kalau rasa negara x sedia nak terima e.ndemik ni jangan janji kan yang manis2 pada rakyat…dah sampai 80 pergi plak 90…nanti dh sampi 90 timbul plak s.pike green bubble …extend lagi…rakyat dah penat menunggu dah.
Sumber: Malaysia Gazette
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply