
Bengang dan sakit hati… itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan sindiket penipuan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp.
“Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meninjam wang daripadanya… saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya.
“Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mngsa seperti ini,” katanya kepada mStar.
Terdahulu, Hattan menerusi Instagram mendedahkan dia menjadi mngsa sindiket penipuan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.
Hattan berkata, dia sudah membuat laporan polis selepas mendapati aplikasi komunikasi WhatsApp sudah diceroboh pihak berkenaan.
VIDEO
View this post on Instagram
“Saya baru balik dari balai buat laporan polis kerana telefon saya kena h4ck. Mereka guna nama dan gambar saya.
“Habis semua kawan-kawan saya terima mesej dari satu nombor telefon yang menggunakan muka saya mahu pinjam duit. Tapi saya dah maklumkan kepada semua tentang scam ini,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi Gadis Jolobu ini turut menyarankan orang ramai supaya menyemak lebih teliti apabila menerima mesej untuk meminjam wang biarpun daripada individu dikenali.
“Kadang-kadang dalam keadaan yang sibuk kita tidak fokus… jadi apabila ada orang mesej macam itu kita akan terus beri bantuan.
“Saya juga disarankan oleh pihak polis untuk memuat turun aplikasi Semak Mule di telefon supaya bila ada nombor yang tidak dikenali, kita boleh semak siapa yang menghubungi kita,” katanya.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply