
Kemelut yang melibatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli masih belum menemui jalan penyelesaian.
Pernah Kena baling selipar
Terbaru, Vida, 49, menerusi Instagram (IG) miliknya mengakui pernah melakukan kekerasan sewaktu Iqbal bekerja dalam syarikat miliknya.
Kata pemilik nama Hasmiza Othman, dia pernah membaling selipar pada usahawan berumur 27 tahun itu sekaligus menafikan dia seorang wanita yang lembut.
Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak. Dia telan semua perangai saya. Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya.
Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa.
Netizen dah muak
Perkongsian video itu telah dipenuhi dengan komen-komen warganet yang sudah ‘naik menyampah’ dengan drama yang tiada penghujung.
Ada juga segelintir yang menganggap pelantun lagu I Am Me telah mempermainkan hati dan perasaan bekas pembantunya itu. Namun, masih ada dalam kalangan netizen yang mendoakan agar urusan perkahwinan Vida dan Iqbal dipermudahkan Allah.
“Jika Janda Beli Basikal Pun, Sy Sanggup Kahwin..” – Iqbal Tolak Tawaran Hadiah Kereta Bently Bernilai RM3 Juta.
Terbaru, menerusi halaman ‘story’ Iqbal, beliau ada berkongsi dengan orang ramai mengenai satu gambar kereta Bently yang berharga lingkungan RM3juta.
Ternyata pendirian Iqbal kali ini berbeza, beliau sanggup untuk terima hadiah basikal dan juga menegaskan yang dirinya tidak boleh dijual beli.
Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini. Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui.
Sumber: Instagram @datoserivida via trendingsangat
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply