AC Mizal Tegur Iqbal Selepas Berang Guna Cara Yg Melampau ‘Riak Tunjuk Duit’

Belum lagi reda isu mengenai percintaan kontroversi diantara Datuk Seri Vida dan Iqbal di media sosial, kini timbul pula isu lain yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen.

Antara yang menjadi topik bualan hangat netizen kini di media sosial apabila, ada yang mendakwa Iqbal seakan riak dan takbur dengan menujukkan kemewahan yang dimilikinya.

Difahamkan dakwaan ini timbul apabila Iqbal telah menayangkan kemewahan yang dimilikinya menerusi satu sesi tembual yang dibuat oleh satu portal hiburan ‘online’.

Menerusi sesi temubual terbabit, Iqbal juga turut menaikkan kemarahan dan kecaman netizen, apabila telah melemparkan duit dengan dakwaan niat untuk membuktikan kemewahannya pada netizen.

“Untuk netizen, saya kena ajar atau cerita macam ni ke?”

“Okay aku kaya, aku tak nak duit orang, sampai bila saya kena buat macam ni, saya pun ada maruah, nak kahwin sebab harta ke?”

“Saya geram tau, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tikam saya, cakap saya nak duit, sehingga saya nak buat perniagaan pun orang tuduh saya nak ambil duit orang, ini duit saya sendiri, tak minta duit orang pun,” jawab Iqbal dalam sesi tembual berkenaan sambil melemparkan duit.

Menurut Iqbal, tujuan berbuat demikian adalah untuk membuktikan serta membidas dakwaan netizen yang menuduh niat untuk berkahwin dengan Datuk Seri Vida sekadar menumpang kekayaan dan populariti semata-mata.

Ekoran perkongsian video berkenaan, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh semua pihak, malah salah seorang selebriti yang berpangkat Datuk tampil menempelak serta kurang senang dengan tingkah laku yang dibuat oleh Iqbal berkenaan.

Selebriti yang dimaksudkan adalah Datuk Ac Mizal, dia berkata, seharusnya tidak menunjuk kekayaan yang diperolehi tetapi sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh tuhan.

“Jangan terlampau riak sampai campak campak duit, rezeki dari Allah bukan untuk menunjuk”

Meskipun niat Iqbal hanya untuk membidas dakwaan yang dilemparkan netizen terhadapnya, namun perbuatannya itu didakwa seakan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi kata Datuk Ac Mizal.

“Bersyukur lagi bagus, tak habis habis nak tunjuk duit, hmm macam dia seorang je yang kaya, ingat yang dicampak tu rezeki dari ALLAH,” tulis Datuk Ac Mizal.

Menjengah diruang komen, rata-rata telah kurang senang malah ada yang turut menyelarnya dengan perbuatan riak berkenaan.

“Perangai… Nanti Allah tarik baru tahu, dalam satu dunia ada musibah, tolonglah jangan riak sangat. Istighfar”

“Meluat! nampak sangat riaknya,” komen netizen.

 

SUMBER : news.allmhi

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*