Gelagat Lawak 2 Lelaki First Time Order Starbucks … HaHaHa

Minuman Starbucks sudah menjadi kegemaran ramai pada masa kini

Walaupun harganya agak mahal berbanding kedai minuman lain, namun peminat setia tetap tidak jemu membeli air di sana kerana rasanya yang premium serta berbaloi membelinya.

Namun tidak dinafikan, masih ramai di luar sana yang tidak pernah minum Starbucks dan tidak tahu bagaimana hendak membuat pesanan di kaunter mahupun drive-thru.

Sama seperti sebuah video viral ini apabila gelagat dua orang lelaki pertama kali membeli air di Starbucks telah mencuri tumpuan netizen.

Tekak nak minum Starbucks tapi tak pandai nak order

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shfqjml, kelihatan mereka berdua sedang membuat pesanan melalui drive-thru Starbucks.

Disebabkan itu merupakan pertama kali mereka membeli minuman di situ, mereka berdua agak kekok semasa membuat pesanan kerana tidak tahu nama spesifik minuman yang hendak dibeli.

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila lelaki berbaju belang yang seolah-olah sudah menghafal minuman yang hendak dipesan akhirnya hanya memberitahu dia mahukan air coklat.

“Weh muka dah confident siak last-last jawab saya nak air coklat hahaha” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 744K views, 93.8K likes dan 3.4K shares di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua lelaki itu.

Video Dari Tik Tok

 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @shfqjml (TikTok)

Image from @shfqjml (TikTok)

Image from @shfqjml (TikTok)

Image from @shfqjml (TikTok)

Image from @shfqjml (TikTok)

Image from @shfqjml (TikTok)

Image from @shfqjml (TikTok)

Image from @shfqjml (TikTok)

Tak apa bang, yang penting confident dan dapat air yang nak diminum tu. Lepas ni boleh cuba air lain pula! 😀

 

Sumber : says.com Via @shfqjml (TikTok)

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*