
Pendakwah terkenal, Ebit Lew dipercayai telah dipanggil sekali lagi oleh Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kes gangguan sek.sual mengaitkan dirinya, semalam.
Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jena.yah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, beliau hadir bersama isterinya bagi membantu siasatan.
“Kita memanggil beliau sekali lagi bagi memenuhi keperluan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas.
Terdahulu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan ekoran video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.
Siasatan itu dijalankan di bawah Sek.syen 504 Kanun Kesek.saan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
Pada masa sama, kata beliau, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
sebelum ini, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman pada Ogos lalu.
Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Kesek.saan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tidak Mahu Terus TerpaIit Sama, Akhirnya Kawan Sekolah Dedahkan Siapa UEL Sebelum ini
DENGAN imej sederhana cuma berjubah dan berkopiah, lelaki ini dikenali di seluruh negara kerana melakukan kerja yang orang lain “tidak mampu buat”.
Terkenal dengan tagline “Allah Sayang Kita”, pemilik nama Lew Yun Pau mungkin agak asing didengar.
Sebelum Cvd-19 melanda negara Mac tahun lalu, tidak ramai orang mengenalinya malah tidak ingin pun hendak tahu siapa pemilik sosok yang sering berpakaian sederhana ini.
Tetapi selepas tular berita lelaki berkopiah masuk lorong-lorong gelap membantu penagih, pergi ke jalanan membantu gelandangan tanpa mengira bangsa dan agama, carian tentang dirinya mula mencanak naik di Google.
Semua orang ingin mengenalinya dan tertanya-tanya siapakah gerangan UEL?
Beliau anak kepada lelaki keturunan Cina, Ibrahim Lew yang memeluk Islam ketika mengahwini ibunya berketurunan Cina Muslim dari Indonesia, Shamsinar Hakim.
Anak ketiga daripada 12 orang adik-beradik ini dilahirkan pada 21 Disember 1984, berasal dari Muadzam Shah Pahang dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan Universiti Putra Malaysia.
Mula-mula berjinak dengan dakwah seawal usia 12 tahun, selepas rapat dengan guru Matematiknya bernama Cikgu Mohd Noor Jaafar.
“Cikgu Mohd Noor sentiasa menekankan solat, tidak kira apa- apa agama sekali pun, kita mesti ada The One yang mahu disembah.
Pada usia 13 tahun, UEL membuat langkah berani apabila mengikuti kumpulan tabligh ketika cuti sekolah untuk membuat kerja dakwah di madrasah di Pakistan dan Thailand.
Sejak itu, UEL membuka ruang dakwah dengan lebih luas kepada penagih d4dah, wanita di lorong gelap dan mat rempit di tepi jalan.
Perjuangannya bukan calangcalang, kerana pernah menjadi mangsa buli di universiti akibat semangat dakwahnya apabila mengetuk pintu ke pintu kolej kediamannya untuk menggerakkan rakan-rakannya solat Subuh.
“Ramai yang tanya saya soalan bukan-bukan.”
Melalui satu perkongsian UEL di Facebook, hantaran beliau itu telah menarik perhatian warganet.
Status itu ditulis UEL pada April tahun lalu selepas timbul individu yang tidak bertnggjawab yang menudvh pendkwah popular itu menggunakan duit drma untuk membeli kereta Toyota Alphard.
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah.
Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah.
Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang.
Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti.
Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun burvk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul.
Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi kongsi dengan kawan.
Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya.
Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun.
Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya.
Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian.
Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa.
Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.”
Ada 3 buah restoran, ElewsMart 10 cawangan.
Selain dari itu, UEL turut mendedahkan antara cabang perniagaan lain yang dilakukan beliau termasuklah membuka restoran.
Dia turut memberitahu mendapat bayaran lumayan dari Youtube dan Facebook selain dari ElewsMart, perniagaan minimarket yang baru sahaja dibuka tahun lalu sebanyak 10 cawangan.
“Saya ada 3 restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer.
Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah.
Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang..
Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengan youtube.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door UEL Astro Oasis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim.
Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.
Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.
Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.
Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu.
Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.
Jangan ke\dekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang.
Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.”
Tanggal jubah beri kepada orang susah
“Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju burvk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar.
Sampai orang kata saya bod#h. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati.
Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.
Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin.
Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat.
Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..” akhiri Ebit Lew
Bekas rakan sekolah datang komen dan tunjuk gambar Ebit Lew
Perkongsian UEL tersebut telah mendapat reaksi yang sangat luar biasa dari warganet apabila meraih 415k tanda suka, 9k komen dan 91k ‘shares’.
Rata-rata komen warganet meminta Ebit Lew agar bersabar dan tidak melayan sebarang bentuk pr0.vokasi dari pihak yang menudvh beliau tidak ikhlas dalam melakukan kerja kebajikan.
Menjawab tudvhan itu, seorang individu dipercayai bekas rakan sekolah UEL tampil di ruangan komen mendedahkan UEL sebenarnya terbabit dalam kerja dakwah dan kebajikan sejak di zaman sekolah lagi.
” UEL sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam TIJB (Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru) 2001. Lama dah ustaz berdakwah..” tulis beliau.
Malah individu terbabit turut berkongsi gambar UEL ketika zaman sekolah, siap bersongkok bergambar disamping guru serta pelajar lain.
” UEL masa di asrama pakai jubah dan serban. Itu memang baju dia. Masa sekolah je bersongkok” tulisnya lagi apabila komen tersebut mendapat lebih 100 respon.
Kemudian komen individu terbabit seakan di’iya’kan apabila UEL membalas komen berikut;
” Allah sayang semua kawan-kawan di TIJB dan semua guru-guru yang baik disana.. Allah sahaja dapat balas segala ilmu mereka dan didikan yang berharga. Suasana akhlak yang baik” tulis UEL.
Untuk rekod, UEL merupakan graduan Universiti Putra Malaysia.
Biodata UEL
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :
SK Bukit Ridan (1991-1996), SMK Muadzam Shah (1997-1999), SM Teknik Johor Bahru (2000-2001), SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003), Universiti Putra Malaysia (UPM)
21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
Posted on April 21, 2020
1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya.
Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya.
Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”
10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita.
Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga.
Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”
20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah.
Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
Sumber: Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply