
BAYANGKAN ketenangan apabila dapat tidur berlangitkan bulan dan bintang, berlatarbelakang bunyi unggas serta aliran sungai sambil merasai sendiri alunan air yang mengalir.
Begitu asyik rasanya tidur didodoi nikmat alam!
Berkongsi pengalamannya bermalam di atas pondok terapung yang dibina bapanya, Azrul Syahrizan Ab Rahman, 40, berkata, dia mengakui pada mulanya ‘seram’ hendak bermalam di pondok tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Video Pemuda Berkubang Raih Hampir 2 juta Views kurang dari 24 jam Disebab Kan Airnya Sangat Jernih
Bagaimanapun perasaan itu hilang ditelan kedinginan malam selain dapat merasai ketenangan yang sudah lama tidak dikecapi.
Suasana di pondok terapung pada waktu malam.
Pondok hasil binaan bapanya, Pak Embong, nampak simple namun cukup untuk membuatkan Azrul sekeluarga berehat dengan tenang terutama sekali selepas berkebun.
“Minggu lepas tidur sini, seram sejuk juga sebab atas air… waktu malam terbayang scene seram macam dalam filem Hollywood.
“Tapi bila dengar bunyi unggas dan deruan sungai, semua ketakutan, kepenatan terus hilang.
“Bila malam memang gelap kat luar, sesekali bunyi cengkerik dan burung liar, cukup indah sebenarnya” ceritanya.
Berkayak dan memancing antara aktiviti yang boleh dilakukan.
Menurut Azrul, pondok terapung itu tersebut terletak di dalam kolam buatan yang dibina di chalet kendalian keluarganya Chalet Pak Embong di Kampung Ulu Sungai, Batu Malim, Raub, Pahang.
Menurutnya, pondok yang didirikan dengan anggaran kos RM4,000 itu dibina sedikit demi sedikit sejak tahun 2019.
“Pondok ni boleh bergerak dan dialihkan.
“Bila waktu malam kita akan tarik ke tengah kolam untuk mengelak binatang buas yang mungkin tertarik dengan lampu pada pondok,” katanya.
Pondok terapung ini boleh bergerak dari satu hujung ke satu hujung yang lain.
Selain merasai keindahan alam sekitar, antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah memancing ikan sungai termasuk ikan dari spesis berharga iaitu kelah.
“Ikan sungai memang banyak, ada ikan haruan, sepat, belida, terbul, sebarau dan kalau ada rezeki boleh dapat ikan kelah.
“Selain tu ada juga kebun buah-buahan, getah dan sawit yang diuruskan ayah yang sudah bersara dengan adik.
Kebun Pak Embong ada pelbagai jenis buah-buahan termasuk durian.
“InsyaAllah, sesiapa yang tinggal di chalet ni boleh dapat makan macam-macam buah… percuma je! Ada durian, rambutan, manggis langsat, tapi jika musim la,” jelasnya.
Menurut Azrul yang menetap di Johor, chalet tersebut baru sahaja dibuka lebih kurang seminggu, selepas terpaksa ditutup akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman Facebook Chalet Pak Embong.
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply