
SEREMBAN – Seorang wanita yang dipercayai dipvkul suami dalam kejadian di Johor pada Mei lalu masih k0ma namun kandungannya berada dalam keadaan sihat.
Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, kakaknya, Jahidah Nordin,43, kini tinggal bersamanya di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
“Kandungan kakak sudah masuk tujuh bulan dan dijangka melahirkan anaknya pada awal Disember ini.
Kedua-duanya sihat namun keadaan kakak masih sama.
Kakak tidak boleh bergerak serta tiada memberi respon jika disapa.
Dia dan bayinya hanya bergantung kepada susu khas yang dimasukkan melalui tiub.
“Bagaimanapun perkembangan bayi dan degupan jantungnya memuaskan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, dia kini sedang berusaha mendapatkan gaji kakaknya yang masih tidak boleh diambil berikutan masalah permohonan membuat kad mesin pengeluaran wang (ATM) tertangguh.
“Kami perlukan duit tersebut untuk membeli keperluan barang bayi yang akan dilahirkan oleh kakak secara pembedahan nanti,” katanya.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank 7617797037 atas nama Fauziah.
Kisah wanita tersebut yang merupakan seorang penjawat awam di Johor Bahru, mendapat perhatian media selepas dia k0ma kerana mengalami keced3raan par.ah dipercayai akibat dipvkul suaminya di rumah mereka pada 4 Mei lalu.
Suaminya sudah did4kwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru mengikut Seksyen 325 Kanun Kes3ksaan.
Sumber : SinarHarian
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply