[Video] Beginikan Anak 4utisme Dilayan Di Pusat Penjagaan… Luahan Dan Foto Dari Bapa Ini Undang Rasa Mar4h

Baru baru ini tular satu video rakaman cctv seorang anak Istimewa yang dilayan secara .di pusat penjagaan kanak-kanak. Ini luahan Keluarga anak Istimewa tersebut.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya terkilan dan sangat marah dengan apa yg telah terjadi kepada anak saya semalam. Anak saya merupakan pelajar di Maikidzcare Center Bandar Baru

Anak saya dari video ini dengan jelas takut dengan guru yang merupakan Pengetua di Centre tersebut, takut akan di apa apakan oleh guru tersebut dan saya tidak lihat di mana-mana klip CCTV (yang saya sempat rekod dan yang saya tidak dibenarkan untuk rekod dan enggan ditunjuk semula oleh pihak Center) yang anak saya bertindak kasar.  Kesa.lahan anak saya ialah dia tidak mahu makan. Makanan diluah keluar semula dari mulut.

Saya tidak rasa tindakan mereka mengheret anak saya di atas lantai dan mence.derakan anak saya sebagai suatu tindakan yang munasabah dan tetapi merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Saya sebagai bapa yang membayar fee bulanan tanpa gagal, ke.sal dengan tindakan mereka dan tertanya tanya adakah servis yang sebegini rupa yang ditawarkan kepada kami dengan bayaran fee yg agak tinggi oleh saya.

FOTO

Adakah ini teknik dan cara yang diamalkan oleh pakar ataupun seorang yang berpengalaman sebagaimana yang diwar warkan oleh pihak Centre, dalam mengendalikan anak-kanak autism? Dengan menggunakan keke.rasan? Untuk pengetahuan, pelaku di dalam klip rakaman CCTV ini adalah pemilik dan CEO Pusat Intervensi Maikidz iaitu Sharifah binti Mazlan.

Buat ibu bapa yang lain, saya ayah Tengku Noah , ingin kongsikan video dan photo anak saya dan apa yang terjadi. Anak saya didera paksa makan kerana dia seorang “picky eater”, kes ini telah dilanjutkan ke pihak Polis dan pemeriksaan kesihatan (fizikal dan juga dalaman) telah dilakukan oleh pihak Hospital dan tindakan undang-undang telah diambil oleh pihak kami.

Kami kesal untuk mengetahui daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa Center ni tidak mendapat kelulusan dan lesen dari JKM mereka beroperasi secara tidak sah dan pelatih dan guru tidak mempunyai lesen dan kelayakan dalam mengajar anak-anak Autism.

Apa yang saya tidak dapat terima ialah apabila saya meminta justifikasi dari pihak mereka, saya telah diminta antara lain untuk menerima ketentuan Ilahi.

Saya tidak dapat terima tindakan mereka dan terpaksa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak Centre tersebut. Kanak- kanak ini adalah istimewa dan sekiranya mereka dilayan dengan sebegini rupa, saya tertanya- tanya manakah nilai belas didalam diri dan jiwa mereka ini. Bagaimana dengan nasib anak-anak yang lain ?

VIDEO

 

Sumber: FB

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*