Tular anak avtisme dilayan k4sar di pusat asuhan, PDRM tampil dengan kenyataan ini

Seorang wanita warga asing diberkas pada petang Ahad dipercayai terlibat dalam kes melibatkan seorang kanak-kanak autisme dipu.kul di sebuah pusat asuhan di sini.

Ketua P0lis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berumur 50-an merupakan pengurus di pusat asuhan kanak-kanak tersebut.

“Kejadian disedari kira-kira jam 12.45 tengah hari Jumaat ketika seorang bapa hendak mengambil anaknya iaitu ma.ngsa yang berumur enam tahun di pusat asuhan kanak-kanak berkenaan.

Bapa ma.ngsa mendapati kesan lebam pada bahagian bahu kiri dan kedua-dua bahagian mata anaknya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

FOTO

Beliau berkata, salah seorang guru di pusat jagaan berkenaan mendakwa kanak-kanak itu menghantukkan kepala pada meja kerana tidak mahu makan.

“Curiga dengan keadaan anaknya itu, bapa ma.ngsa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan mendapati suspek bertindak ka.sar apabila mangsa mengelak untuk makan. Bapa mangsa juga ada bertanya kepada kanak-kanak itu tetapi tiada jawapan,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang kemudian memberkas sus.pek yang merupakan pengurus pusat asuhan kanak-kanak berkenaan.

Masing-masing cuba mencari pusat asuhan kanak-kanak terbaik untuk proses pendidikan awal anak-anak bagi menghadapi persediaan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.

Pembelajaran akademik penting, sahsiah diri juga perlu dititik beratkan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi serta dunia digital tanpa sempadan hari ini.

Dalam era teknologi di hujung jari ini, masih ramai tidak tahu siapakah sebenarnya anak autisme. Ada yang melabel mereka sebagai budak na.kal, suka menced.erakan diri sendiri, ga.nas, mudah mengamuk, cenderung tantrum dan banyak lagi yang pastinya tidak sedap didengar.

Sikap segelintir masyarakat yang begitu mudah melabel anak istimewa itu tanpa cuba memahami situasi dihadapi mereka. Lebih penting, anak autisme tidaklah seteruk yang kerap digambarkan atau ditonjolkan kepada umum.

 

SUMBER : malaysiagazette

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*