Pak Guard Hilang Sejak Semalam Ketika Cuba T4ngkap Pencvri, Ditemui Terpinga-Pinga Oleh Ayahnya

Kejadian aneh dan misteri

Pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang kelmarin ditemukan dalam keadaan lemah terbaring di tepi jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hassan Yunos, Renggam di sini, 11.30 malam tadi.

Menurut bapa saudaranya, Adanan Baharudin, 61, dia bersyukur kerana anak saudaranya itu, Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, selamat.

Lelaki itu dijumpai oleh bapanya sendiri, Pairon Baharudin 56, yang melalui jalan berkenaan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, di sebuah ladang di sini.

“Adik saya dan keluarga termasuk isteri dan anaknya menaiki kereta dan motosikal menuju ke lokasi anak mereka hilang dan setibanya di jalan berkenaan yang bersebelahan rel kereta api, dia terlihat kelibat seseorang di tepi jalan.

“Hatinya terdetik untuk berpatah balik dan memang betul anaknya sedang terbaring dan apabila ditanya apa yang berlaku, Muhammad Shahrizuan terpinga-pinga dan mengatakan sepanjang dia hilang, pandangannya gelap seperti waktu malam.

“Dia turut mengingati pada waktu kejadian kelmarin ada sebuah lori cuba melarikan diri di pintu pagar dan dia mengejarnya tetapi sampai di satu simpang, lori berkenaan hilang dan dia cuba berpatah balik ke tempat kerjanya semula, tetapi tidak nampak jalan keluar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adanan berkata, apa yang menghairankan keluarga, sepanjang kehilangan anak saudaranya itu, bateri telefon bimbit dan minyak motosikalnya, masih berbaki.

“Ketika ditemui, perkataan yang terpacul daripada mulut Shahrizuan dia kelaparan dan mahu berehat,” katanya yang turut berterima kasih dengan semua pihak yang membantu misi mencari dan menyelamat anak saudaranya itu.

Terdahulu, media melaporkan pengawal keselamatan yang terserempak dengan kecurian tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Layang-Layang, di sini, gagal dikesan sejurus kejadian, kelmarin.

Adanan berkata, Muhammad Shahrizuan sebelum itu melaporkan kejadian menerusi Whatsapp kumpulan kerjanya, pada 7.22 malam.

Menurutnya, dia dimaklumkan dua rakan sekerja Shahrizuan yang bergegas ke lokasi mendapati pagar dirosakkan, namun palang pagar dalam keadaan bertutup.

 

Kita tengok plak ape kata polis nanti pasal kejadian tersebut…

 

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*