Abg Jilat Jari

Isu gangguan seksual yang sering berlaku ditempat awam sememangnya semakin menjadi-jadi. Ada sahaja berita berkenaan perkara tidak senonoh itu berlaku lebih-lebih lagi melibatkan kaum perempuan.

Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, seorang pengguna menggunakan nama akaun Amir Hamzah Abdul Hamid menulis perihal gangguan seksual yang dilakukan oleh anggota tentera kepada seorang pejaga kedai perempuan.

Rakaman Video Di Bawah Sekali

Melalui maklumat yang tulis, anggota tersebut difahamkan telah datang ke kedai vape untuk mendapatkan perisa baharu.

Namun secara tiba-tiba mengenepikan pod vape tersebut dan menarik tangan mangsa. Tak hanya itu, Amir Hamzah mendakwa anggota tentera berkenaan telah menghisap jari wanita berkenaan.

Rakaman video dari kamera litar tertutup juga turut disertakan dalam perkongsian berkenaan sebagai bukti kejadian tersebut dilakukan oleh anggota tentera yang masih lagi memakai uniform kerja.

Pastinya dia berasa marah kerana gangguan seksual dilakukan dengan sesuka hati seperti perkara tersebut sudah biasa terjadi. Oleh sebab itu, pengguna Facebook berkenaan telah meminta orang ramai terutamanya golongan wanita untuk berhati-hati dengan individu tidak dikenali.

Di akhir perkongsian berkenaan, dia memaklumkan yang sebenarnya kes sebegini kerap terjadi namun laporan polis yang dibuat oleh pihak wanita sekadar membuat laporan sahaja dan kebanyakkannya enggan memperpanjangkan cerita.

Mengikut apa yg beliau komen, difahamkan report polis telah dibuat oleh mangsa

Antara komen netizen:

“Yang kata pompuan tu macam merelakan, kata kata mcm ni la selalu buat mangsa tak berani tampil buat report.Bila jadi cashier mmg macam macam karenah jumpa. Bila kena hat gatai and cross the line mcm ni mmg boleh jadi tergamam sbb budaya kita tak diajar macam mana nak bertindak dalam situasi mcm ni.”

Tindakan biadap lelaki yang berpakaian uniform tentera itu sememangnya mendapat kecaman dari warganet kerana sangat kurang ajar dan tidak menghormati wanita.

Mereka juga menggesa agar anggota tentera itu menerima hukuman sewajarnya lebih-lebih lagi melakukan perbuatan terkutuk itu dengan memakai uniform penjawat awam.

Anggota Tentera Ditahan

Ampang Jaya: Anggota tentera yang mencabul seorang wanita dengan menjilat tangan mangsa di sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini kelmarin, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, jam 12.30 tengah malam tadi.

Dalam serbuan itu, kami turut merampas pakaian seragam yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian.

“Siasatan awal mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Oktober nanti.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini, trauma selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

Mohamad Farouk dilaporkan berkata, suspek masuk semula ke dalam kedai dan memberitahu pod vape dibelinya tidak berfungsi.

Katanya, mangsa kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baru.

Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.

“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Video:

 

Sumber: HarianMetro,Ohmymedia, Facebook Amir Hamzah Abdul Hamid

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*