
Nampak Kasut Rider Penghantar Barang Dah Lvsuh, Lelaki Ini Cepat-Cepat Masuk Rumah..Rupanya Nak Hadiahkan Kasut
Berbuat baik kepada orang tidak mengira ketika sus4h atau senang. Bahkan, kebaikan yang dilakukan secara tidak langsung memperoleh ganjaran pahala. Walaupun pemberian yang kecil, namun ia cukup bermakna kepada sesetengah individu.
Bagi kasut kepada penghantar kurier
Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Erine Rahim di TikTok, mengisahkan suaminya memberi sepasang kasut kepada penghantar kurier ketika pemuda berkenaan menghantar barang ke rumahnya.
Ujarnya lagi, pada awalnya wanita berkenaan yang berada di dalam kereta itu tidak menyedari perkara tersebut. Walau bagaimanapun, dia ternampak suaminya berborak lama dengan penghantar barang itu di hadapan pagar rumahnya sebelum suaminya masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil sepasang kasut miliknya.
Dalam pada itu, suaminya berharap agar pemberian berkenaan dapat digunakan untuk bekerja selepas melihat kasut yang dipakai oleh penghantar kurier berkenaan sudah lvsuh. Namun, pemuda tersebut mengatakan bahawa kasut itu boleh dibawa untuk berjalan-jalan.
“Suka cara adik tu terima kasut. Terima kasih adik selalu bawa barang kami dengan selamat. Kami doakan semoga Allah permudahkan urusan awak dan semoga Allah lancarkan rezeki awak sekeluarga.”
“Bila kita baik Allah akan hantarkan orang yang baik-baik disekeliling kita.”
Video berdurasi 41 saat itu meraih lebih 85 ribu tontonan serta mendapat lebih 10 ribu tanda suka.
Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen memuji tindakan suaminya yang begitu baik hati memberikan kasut kepada penghantar kurier berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar wanita tersebut dan suaminya dimurahkan rezeki.
Komen netizen:
Sumber : OhBulan\ @erinerahim
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply