Isu Rumah Tangga Siti Saleha : “No Comment. Saya Minta Semua Resp3k ‘Space’ Saya.”

Ketika ditanya mengenai sama ada dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami atau adakah orang ketiga menjadi punca masalah rumah tangga, Saleha enggan memberikan komen.

“No comment. Saya minta semua resp3k ‘space’ saya. Saya enggan komen apa-apa berkenaan hal peribadi saya, saya minta maaf.

“Apa-apapun, saya nak semua orang tahu yang saya okay sahaja. Ya, perkara ini adalah satu ujian untuk saya tetapi trofi ini menjadi hadiah istimewa tahun ini,” katanya.

Berkongsi mengenai kemenangan yang diraihnya, Saleha bersyukur selain turut berterima kasih kepada kelab peminatnya.

“Sejujurnya, sukar untuk saya kekalkan trofi ini tetapi rezeki berpihak kepada saya. Alhamdulillah. Ini semua hasil kerja keras peminat dan saya sangat menghargai mereka.

“Semenjak awal penglibatan, peminat tak henti menyokong dan itu merupakan tunjang utama kerjaya saya dalam bidang lakonan. Saya sangat bersyukur,” katanya lagi.

Sekadar info, Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber : Xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Artikel Terdahulu

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba berita kurang enak mula menyapa. Ibarat disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan tengah hari.

Begitulah yang terjadi kepada aktres Siti Saleha apabila rumah tangganya berhadapan masalah.

Terbaharu Siti Saleha selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

lutfi saleha_2

Perkongsian Siti Saleha di Instagram pada 24 Mac lalu.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha Mohd Baharum, 31, ini agak mengejutkan apabila aktres itu sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya secara terbuka di media sosial mahupun kepada media.

Bagaimanapun hasil tinjauan mStar di Instagram mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsi foto mesra bersama suami adalah pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh berkenaan Siti Saleha memuat naik foto di dua posting berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

saleha1

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

It’s your birthday bubbaboo. I pray Allah bless you always and grant everything you wish for. I love you too much. (Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan mengabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan awak),” tulis Siti Saleha pada posting berkenaan.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

 

Sumber : MStar

 

Lelaki memang begitu – Siti Saleha

PERIBAHASA yang berbunyi, sedangkan lidah, lagi tergigit, inikan pula suami isteri sememangnya tidak boleh disangkal buat mana-mana insan yang sudah berumah tangga. Bagi si jelita Siti Saleha, kunci hanya satu, perlu ada sikap bertolak ansur antara suami isteri.

Tiada siapa yang mahukan mahligai yang terbina atas dasar cinta dan kasih dilanda taufan, begitu juga dengan dirinya.

“Sebagai orang Islam, saya percaya tentang kisah Hawa yang dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Dari situ sudah jelas, lelaki dan wanita dicipta untuk saling melengkapi.

“Benar lelaki lebih kuat, tetapi tiada istilah siapa lebih hebat atau siapa lebih kuat antara lelaki dengan wanita,” ujarnya.

KEHIDUPAN mencabar berdepan pandemik Covid-19 membuatkan Saleha perlu lebih bijak berbelanja dan tidak boros. – MOHD. FARIZWAN HASBULLAH dan WAN IZHAR

Wanita berdikari

Terpanggil bercerita tentang kenyataan biasa-biasa, ‘wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit’ supaya jodoh datang cepat yang tiba-tiba menjadi sensasi oleh pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Saleha berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pandangan tersendiri untuk memahami konteks tersebut.

Penyataan tersebut jika diajukan kepada masyarakat Melayu, khususnya, mereka tidak akan terasa sangat jika faham makna yang cuba disampaikan.

“Dalam apa jua perhubungan, kena ada sikap saling hormat-menghormati antara lelaki dan wanita.

“Untuk pasangan yang telah berkahwin, masing-masing ada ‘tugas’ dalam rumah tangga.

“Secara realiti, sebenarnya lelaki memang sukakan perempuan yang sangat bergantung dan mengharapkan lelaki. Tetapi tidak bagi saya,” katanya.

Jelas pelakon cantik kacukan Melayu-Inggeris itu, dalam kehidupan mencabar hari ini, persepsi sebegitu perlu diubah.

“Sebab itu saya selalu ingatkan kepada diri sendiri untuk berdikari. Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada lelaki semata-mata.

SEBAGAI wanita moden, Saleha berkata wanita hari ini harus lebih berdikari dan tidak terlalu mengharapkan ‘kuasa’ lelaki dalam menyelesaikan apa jua masalah.

“Kena ingat bahawa mereka (lelaki) juga mempunyai nafsu dan apa sahaja boleh terjadi di kemudian hari. Sebagai manusia, membuat kesilapan itu adalah lumrah,” jelasnya.

Dalam meniti kehidupan mencabar pada hari ini, Saleha tampak optimis tentang situasi semasa ketika dunia dilanda Covid-19.

Namun sejauh mana pun dia cuba berfikiran positif, jauh di sudut hati Saleha sukar membendung rasa bimbang memikirkan tentang tahap kesihatan mental masyarakat untuk berdepan dengan wabak maut tersebut.

Bagi Siti Saleha, dia percaya bahawa sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, banyak pihak terkesan sehingga ada yang terganggu dari aspek tahap kesihatan mental.

“Saya percaya ada antara kita mula mengalami gangguan mental disebabkan Covid-19. Kita tidak lagi bebas seperti dahulu.

“Sektor ekonomi terganggu sehingga menjejaskan pendapatan dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang,” ujarnya.

SALEHA berharap dapat mempelbagaikan lagi wataknya sebagai seorang pelakon supaya tidak terikat dengan persembahaan karakter sama dalam setiap naskhah, drama atau filem.

Waktu sukar

Ujarnya lagi, pada tahap sekarang adalah penting untuk semua pihak berganding bahu bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Bagi diri sendiri, Saleha masih lagi bersyukur kerana keadaan kewangannya masih lagi baik, begitu juga dengan tahap kesihatan mentalnya.

“Rakan-rakan artis turut terkesan. Abang saya sendiri, Sam Bunkface misalnya juga mengalami nasib serupa.

“Sebagai penyanyi, susah untuk dia mendapat ‘job’ di pentas ketika pandemik. Berbanding pelakon yang masih lagi ada tawaran kerja. Jadi apa yang dia buat sekarang adalah dengan berniaga,” tuturnya.

Mengharungi saat genting seperti sekarang, Saleha sendiri turut memulakan langkah dengan berjimat cermat.

Suaminya, Ahmad Lutfi Azhar juga sering menasihatinya untuk menyimpan bagi kegunaan kecemasan.

“Saya sekarang ini amalkan gaya hidup berjimat-cermat. Jadi, saya tidak akan berbelanja untuk benda yang tidak perlu.

“Selain itu saya juga ada membuat pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

SALEHA kini muncul dengan sebuah drama 20 episode berjudul Scammer.
Kali ini, Saleha membawa watak antagonis bernama Amy.

Vaksin

Dalam usaha untuk mencegah penularan Covid-19, Saleha juga tidak terkecuali sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun dalam nada jujur, bintang Sejoli itu pada awalnya pernah tergolong dalam kelompok individu yang tidak mahu menerima suntikan vaksin.

“Sejujurnya, mula-mula saya pernah ambil keputusan untuk tidak mahu menerima suntikan vaksin.

“Lama juga masa yang saya ambil untuk mendaftar dalam aplikasi MySejahtera sebagai penerima vaksin,” ujarnya.

Kata Saleha, dia bagaimanapun bukanlah tergolong dalam kelompok individu antivaksin, namun selepas dia membaca banyak konspirasi dan teori tentang keburukan vaksin menerusi media sosial, perasaan takut dan serba salah bersarang dalam jiwa.

Hasil muhasabah diri, pemegang watak Mia Adriana dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu akhirnya akur tentang keperluan vaksin demi kebaikan, bukan sahaja dirinya, bahkan masyarakat sekeliling.

“Saya suka melancong. Jadi mahu tidak mahu saya kena juga ambil suntikan vaksin. Saya ada juga kawan-kawan yang paranoid tentang vaksin. Tetapi mereka ambil juga untuk keperluan hidup,” jelasnya.

Menyaksikan kisah beberapa kenalan artis yang pernah dijangkiti Covid-19, Saleha tetap percaya bahawa mereka semua sudah mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan.

SALEHA mengakui, dia pernah berasa sangsi dan ragu-ragu dengan vaksin Covid-19 namun persepsi tersebut berubah apabila memperbanyakkan bacaan terhadap perkara positif dan mendapatkan maklumat yang sahih.

Bagaimanapun, tiada siapa boleh menjangka akan dijangkiti, lebih-lebih lagi apabila ada varian baharu Covid-19 yang tidak menunjukkan gejala kepada pesakit.

Menyentuh tentang perkembangan terkini karier lakonannya, Saleha kini muncul dengan sebuah drama 20 episode terbitan Radius One Sdn. Bhd yang berjudul Scammer.

Menariknya, dalam drama tersebut Saleha membawa watak antagonis sebagai Amy yang terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram secara rahsia.

“Tujuan saya menjayakan watak mencabar itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai jenayah penipuan.

“Saya harap sebaik melakonkan watak ini saya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Saya jayakan watak ini dengan kerelaan hati dan terbuka bagi mengembangkan lagi bakat seni dalam diri,” ujarnya.

Demi menjayakan watak Amy, Saleha sanggup memakai solekan yang tebal termasuklah kuku palsu.

“Watak Amy memang sangat berbeza dengan karakter yang saya pernah pegang sebelum ini. Amy memerlukan saya berdandan lebih sebab dia seorang yang sangat bergaya,” jelasnya

 

Sumber : KOSMO

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*