Janna Nick dedah kenapa suka cakap kuat-kuat – “Pesakit mental ni otak mereka sangat bising & Dengar lima suara sepanjang hari”

>BERDEPAN masalah mental atau bipolar disorder bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani, pelakon Janna Nick yang mengalami penyakit berkenaan mendedahkan fikiran dan hatinya sentiasa tidak sehaluan.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, berkata, sikap riang dan gembira yang ditunjukkan bukanlah gambaran tetap tentang sikap sebenarnya.

“Ketahuilah pesakit mental ni otak mereka ‘sangat bising’ sebab itu saya bercakap kuat. Kadang-kadang bukan sebab saya happy go lucky atau lantang.

“Tapi hati dan otak tak sehaluan. Hati rasa lain, otak cakap lain,” ujarnya.

JANNAAA

Perkongsian Janna Nick di Instastory miliknya.

Selain perlu sentiasa bersikap positif, dia masih bergantung kepada pengambilan ubat untuk memastikan keadaannya dalam keadaan tenang dan baik.

Bercerita lanjut Janna berkata, dia berhadapan situasi sering mendengar suara dan bisikan yang menganggu ketenangannya.

“Bayangkan duduk sendirian di tengah keramaian, pesakit mental kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri.

“Setiap hari balik shooting saya jadi lesu, otak saya penat.”

JANNA NICK

PELAKON

“Bukan satu suara tapi empat hingga lima suara sepanjang hari. Hanya tidur menjadi waktu yang paling sunyi dan paling tenang sebab tu kadang-kadang ubat-ubatan sangat membantu,” ujarnya lagi.

Pada 22 April lalu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

JANN5

Janna masih bergantung dengan pengambilan ubat untuk memastikan kesihatan mentalnya baik.

Sementara itu, Janna mendedahkan penyakitnya menjadi semakin teruk dan mempengaruhi kesihatannya ketika melakonkan watak seorang pesakit mental dalam drama bersiri Misteri Mona.

“This character triggered my bipolar, ia menjadi bertambah teruk apabila saya melakonkan watak Mona.

“Setiap hari balik shooting saya jadi lesu, otak saya penat. Saya tak nak jumpa orang dan tak nak bersiap.

“Tiada secalit makeup dan rambut pun macam mana bangun tidur macam tu la saya pergi set,” ujarnya.

 

Sumber       : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*