
Tidak berhenti menerima k.ecaman, penyanyi Baby Shima, 29, sekali lagi terpalit sensasi apabila did.akwa memiliki tatu tulisan namanya pada bahagian dada.
Ia selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik hantaran videonya bersama selebriti media sosial, Ammar Nazhan dalam laman Instagram (IG).
Bagaimanapun, Shima atau Nor Ashima Ramli tidak mengiyakan atau menafikan, malah terus membiarkan netizen untuk membuat spekulasi.
“Bagi saya, bert.atu nampak cantik, tetapi saya enggan cakap berlebihan.
“Biarlah netizen menilai sebab kalau saya bercakap baik sekalipun tetap tidak diterima netizen.
“Jadi, saya buat apa yang saya suka. Apa yang penting, saya tidak k.acau hidup orang lain,” katanya ringkas kepada BH Online.
Sementara itu, mengulas perancangan kerjaya di Indonesia selepas penularan COVID-yang semakin reda, Shima berkata, dia masih menunggu pintu sempadan dibuka.
“Jujurnya, saya mahu pulang ke Indonesia secepat mungkin. Saya masih menunggu Indonesia membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia masuk.
“Saya akan mengeluarkan single ciptaan Pasha Ungu untuk pasaran Indonesia, namun semua tergendala disebabkan penggambaran video muzik tidak dapat dilakukan.
“Saya terpaksa tunggu pulang ke Jakarta untuk menyiapkannya. Ini kerana Pasha sendiri akan mengarahkan video muzik berkenaan,” katanya.
Penyanyi kelahiran Masai, Johor itu berkata, dia bukan sekadar mahu menyambung perancangan kerjaya nyanyian yang tergendala, malah sudah hampir dua tahun tidak menjenguk rumahnya.
“Saya tidak tahu apa yang terjadi pada rumah apabila hampir dua tahun ditinggalkan tanpa penghuni,” katanya yang kini sibuk menyiapkan kerja terbengkalai ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Selain itu, bekas finalis program D’Academy Asia musim ketiga itu juga sedang membuat persiapan memasuki studio merakamkan empat single ciptaan Ezra Kong, Harry Khalifah dan Achoi Floor 88 pada bulan depan.
Video :
View this post on Instagram
Reaksi netizen
Sumber: BH online
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply