Gelang Hitam Berbelang Mungkin Untuk Mereka Yang Men0lak V4ksin

Dalam proses rakyat Malaysia mula menikmati kebebasan hidup, golongan antivaksin pula terpaksa berhadapan dengan beberapa sekatan.

Antaranya tidak dapat bergerak bebas memasuki mana-mana premis, larangan dine-in, larangan rentas negeri dan paling terkini apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) memberi 4maran mahu menyusahkan hidup golongan berkenaan.

Kata KJ, ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan dibuat kerana golongan tersebut yang memilih untuk tidak mahu divaksin. Sudahlah tidak mahu dicucuk, mereka turut menyebarkan berita palsu dan menggugat keselamatan awam.

Bagaimana mahu membezakan antara golongan antivaksin dan golongan yang tidak dapat divaksin kerana masalah kesihatan?

Setakat ini kita sukar mengecam golongan itu kerana mereka hanya lantang di media sosial dan ada juga berselindung di sebalik akaun palsu untuk menyatakan prinsip mereka sebagai golongan an.tivaksin.

Mereka juga sekadar berani menyatakan kedudukan masing-masing dalam kumpulan kecil seperti grup WhatsApp kejiranan, ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja.

Kumpulan antivaksin masih belum berani untuk menyatakan pegangan hidup mereka secara terbuka seperti mengadakan himpunan beramai- ramai dan membawa sepanduk tertulis tidak mahu divaksin seperti di luar negara.

Oleh kerana kerajaan dalam proses untuk menyusahkan kehidupan golongan antivaksin, maka usaha untuk membezakan dua kumpulan itu melalui label di Mysejahtera perlu dilaksanakan segera.

Antara pendekatan untuk mengetahui siapa mereka ialah antaranya dengan meletakkan tanda ‘tidak mahu divaksin’ atau ‘dikecualikan vaksinasi’ dalam aplikasi itu.

Pendekatan lain yang boleh digunakan ialah dengan mewajibkan pemakaian gelang hitam berbelang kepada geng tersebut supaya masyarakat dapat mengetahui secara fizikal golongan antivaksin.

Dengan tanda gelang itu, secara tidak langsung memudahkan orang ramai ‘menjauhi’ mereka dan memudahkan tugas pihak berkuasa melakukan pemantauan.

Terdahulu..

Tindakan tegas ke atas golongan antivaksin bukan untuk susahkan, tapi untuk lindungi majoriti rakyat – PM

Kerajaan bukan berniat mahu menyusahkan mana-mana pihak dengan mengenakan pelbagai peraturan ketika menangani pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, golongan yang enggan mengambil vaksin, tegas Perdana Menteri, hanya menyusahkan diri sendiri kerana tidak menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan berbanding mereka yang telah lengkap vaksinasi.

Bahkan, tegas Ismail Sabri, golongan itu juga hanya menyusahkan diri sendiri apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, pasaraya dan merentas negeri berbanding penerima lengkap dua dos vaksin.

“Kalau tak nak lindungi diri sendiri tapi mesti fikirkan kepada orang lain yang akan dapat bahaya hasil daripada apa yang kita lakukan.

“Dan kerajaan sebenarnya dari segi prinsipnya kita wajib menjaga kepentingan ramai… kita wajib melindungi masyarakat yang ramai daripada menjaga kepentingan kumpulan yang amat kecil.

“Jadi kalau kerajaan mengenakan tindakan yang lebih tegas bermakna, tujuan kita bukan nak menyusahkan sesiapa tapi untuk menjaga kepentingan nyawa golongan yang ramai supaya kita dapat melindungi nyawa yang lain-lain,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Bera dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera pada Ahad.

Ismail Sabri mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang memberi bayangan bahawa kumpulan antivaksin akan berhadapan dengan kesusahan dalam hidup kerana tidak akan dibenarkan oleh kerajaan untuk menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.

Bahkan, kerajaan Arab Saudi juga mensyaratkan jemaah yang ingin melakukan ibadah umrah dan haji pada tahun hadapan mesti lengkap mengambil dua dos vaksin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru golongan tersebut agar segera mengambil vaksin kerana itu merupakan tanggungjawab bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri bahkan orang lain juga.

 

Sumber: sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*