Netizen Indonesia marah ratu cantik kata batik berasal dari Malaysia dan ini jawapan dari Lavanya Sivaji

JAKARTA – Nama peserta pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia, Lavanya Sivaji sedang hangat diperkatakan oleh netizen dari Indonesia selepas wanita itu mengatakan bahawa batik berasal dari Malaysia, lapor laman Instagram Makassar Info semalam.

Lavanya dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya menulis batik melambangkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.

“Kain batik melambangkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia melalui warna, cetakan dan reka bentuknya yang pelbagai.

“Oleh itu, saya mempersembahkan kepada anda gaun suntuk Miss World Malaysia 2021 yang dihasilkan daripada kain batik Malaysia,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Lavanya.

Pada 2 Oktober 2009, batik Indonesia telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Intangible Cultural Heritage (ICH) atau Warisan Budaya Takbenda pada sidang UNESCO di Abu Dhabi.

Netizen yang membaca kenyataan itu kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.

Diantara komen2 yang tidak pvas hati mereka :

“Miss World ini kurang wawasan, UNESCO sudah mengiktiraf batik dari Indonesia, dia pula mengaku batik itu daripada negaranya,” demikian tulis seorang netizen.

“Anda ambil Upin Ipin sahaja sudah cukup,” kata seorang netizen lain.

Ini adalah jawapan dari miss world malaysia Lavanya Sivaji di instagramnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @lavanyasivaji

Dari Lavanya Sivaji

Hai semua! Kepada pencinta pertandingan yang dikasihi terutamanya di Indonesia. Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat.

Pertama sekali, saya ingin meminta maaf sekiranya saya telah menyinggung perasaan sesiapa kerana membuat siaran ini.

Saya akui perkataan Batik berasal dari Jawa serta reka bentuk dan sejarahnya. Namun begitu, terdapat beberapa negara lain yang mengamalkan unsur budaya seperti Malaysia, Sri Lanka, India dengan reka bentuk dan motif tersendiri.

Sama ada Malaysia, Indonesia atau mana-mana negara, saya akan sentiasa berasa bangga memakai Batik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana mengingatkan saya untuk menghormati akar, budaya dan tradisi kita.

Setiap kali saya memakai Batik, saya dapat merasakan kehebatan kekuatan wanita sejati. Kita ada kuasa besar. Kami adalah penyembuh. Kami adalah ibu.

Sumber – KOSMO / IG Lavanya Sivaji

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*