Adam Lee Dan Sweet Qismina Bertunang, Tetiba Jer

TIADA angin tiada ribut, secara tiba-tiba peminat pasangan romantis Adam Lee dan Sweet Qismina dikejutkan dengan berita pertunangan mereka pada Ahad.

Memilih 24 Oktober sebagai hari istimewa, Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi selamat menjadi tunangan Adam pada sambutan hari ulang tahun kelahiran Adam yang ke-24.

Umum mengetahui Sweet dan Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, mula menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga tahun lalu.

Menerusi muat naik di laman sosial pasangan yang segak mengayakan baju songket berwarna biru muda itu turut berkongsi foto yang memperlihatkan sekitar majlis pertunang mereka dengan hastag #AdamSweetEngagementDay.

Malah Adam sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada tunangnya itu.

sweet

Tarikh dan perancangan perkahian Adam Lee dan Sweet Qismina belum ditentukan lagi.

“Terima kasih kepada anda yang beri ucapan kepada kami.

“Tapi saya nak wish happy birthday cik tunang,” – ujar Adam menerusi video ringkas di Instastory.

Sementara itu, Sweet yang dihubungi berkata keputusan untuk bertunang adalah sebagai fasa dan mukadimah kepada hubungan mereka pergi untuk lebih jauh.

Tambahnya, kedua-dua belah pihak keluarga sudah bersetuju mengikat tali pertunangan selama setahun, namun belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis pernikahan mereka nanti.

“Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.”

ADAM LEE

PELAKON

“Peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin.

“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya.

“Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.

“Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula,” katanya.

Majlis berlangsung di sebuah rumah persendirian di Ampang itu dihadiri 20 orang tetamu dalam kalangan ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan tersebut sampai ke jenjang pelamin.

“Alhamdulillah happy tengok awak berdua disatukan semoga sampai ke jenjang pelamin”

“Alhamdulillah akhirnya, lepas ni lagi tak sabar nak tengok berlakon bersama.

“Tahniah weh… diam-diam aje dah bertunang” ujar Hafidz Roshdi dan beberapa netizen.

Pasangan ini mula bercinta selepas digandingkan dalam drama Adam Chempaka yang ditayangkan pada tahun 2019.

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*