‘Wanita’ berpurdah tiba-tiba muncul waktu malam depan mak dan ini yang terjadi selepas 5 minit

PASTINYA banyak perubahan pada anak-anak yang sudah lama tidak pulang ke kampung.

Seorang ibu dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita berpurdah ke rumah pada waktu malam.

Siapa sangka di sebalik ‘wanita berpurdah’ itu sebenarnya adalah anak lelakinya yang menyamar demi kejutan buat ibu tersayang.

Anak lelaki itu, Mohamad Albulqini Mohd Yunus berkata, kejutan itu dibuat di rumah keluarganya di Kampung Kuak Hulu di Pengkalan Hulu, Perak pada Jumaat malam.

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, kali terakhir dia pulang ke kampung pada Jun lalu berikutan larangan merentas daerah dan kesibukan kerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Al Bull Kini (@bulkini_alkynn)

“Walaupun saya bekerja dan menetap di Ipoh, di negeri sama tapi saya tak boleh rentas daerah sewenang-wenangnya ditambah pula dengan kes Covid-19 yang masih tinggi.

“Selain kekangan tugas, saya tak berani nak balik kampung yang akan memberi risiko kepada keluarga saya. Bila keadaan makin ok, barulah saya balik,” katanya kepada mStar.

kejutan purdah 3

Albul (kiri) bersama ibu.

Lebih mesra disapa Albul, katanya, dia merancang kepulangannya itu dengan kejutan sempena hari ulang tahun ibunya ke-61 pada 19 Oktober lalu.

Bagaimanapun, dia tidak dapat pulang ke kampung pada hari berkenaan kerana komitmen tugas dan menunggu hari cuti pada hujung minggu.

“Saya buat kejutan dengan gubah jambangan bunga duit, belajar dari YouTube. Ambil masa kira-kira sehari untuk gulung kesemua wang kertas tu.

“Saya juga hias lampu pada gubahan bunga untuk nampak cantik kerana kejutan dibuat pada waktu malam,” ujarnya yang berasal dari Pengkalan Hulu.

kejutan purdah 4

Bapa (kanan) dan ibu Albul.

Menurut anak kelapan daripada 10 adik-beradik itu, dia berpakat dengan adik bongsu perempuannya yang berusia 21 tahun bagi membuat kejutan ‘wanita berpurdah’

“Adik saya dulu belajar di sekolah pondok dan antara rakan-rakannya berpurdah. Jadi saya menyamar jadi salah seorang rakan adik dengan berpurdah bila pulang ke rumah.

Tak lama pun saya berlakon sebab tak sampai hati nak tipu mak. Pada masa sama saya nak gelak selain terpaksa cover buat suara kepit

MOHAMAD ALBULQINI MOHD YUNUS

“Purdah tu saya pinjam daripada adik sendiri yang saya jumpa pada sebelah petang. Sampai di rumah, saya menyamar kononnya kawan lama adik dari Kulim,” tambahnya.

Namun penyamaran tidak mudah disangka kerana perlu mengurangkan perbualan dalam pertemuan tersebut kerana sukar untuk bercakap menggunakan suara wanita.

kejutan purdah 2

Albul (hadapan, tiga dari kiri) bersama keluarga.

“Saya cakap sikit je sebab takut terkeluar suara jantan. Mak pelik kenapa ‘kawan adik’ cakap macam tak nak cakap. Mujur adik pandai cover line dan bercakap bagi pihak saya.

“Tapi tak lama pun saya berlakon sebab tak sampai hati nak tipu mak. Pada masa sama saya nak gelak selain terpaksa cover buat suara kepit,” ujarnya sambil menambah penyamaran tersebut hanya bertahan selama lima minit sebelum identiti sebenar didedahkan.

Selain itu, Albul yang berkhidmat sebagai renjer hutan berkata, tidak mudah baginya berpurdah kerana pemakaiannya berlapis membuatkan dirinya mudah berpeluh.

“Kejutan dibuat kerana lama tak jumpa mak. Minta maaf jika ada yang tersinggung dengan lakonan saya berpurdah atau membuatkan mereka rindu pada arwah ibu masing-masing.

“Terubat rindu pada keluarga bila balik kampung. Best dapat makan nasi lemak air tangan mak,” katanya sambil menambah ibunya berniaga nasi lemak selama lebih 20 tahun.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*