Kecoh Semalam Ramai Tak Dpt RM500, PM Kata Dah Bayar Dan Ini Penjelasan Dari Tengku Zafrul

Umum maklum, menerusi Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH, Bantuan Kehilangan Pekerjaan BKP bernilai RM 500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Syarat kelayakan dan permohonan bagi Bantuan Kehilangan Pekerjaan BKP ini adalah berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP atau PERKESO pada 2021. Manakala, permohonan BKP adalah sama seperti BKC, dimana semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon.

Terima Manfaat

Seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini bakal menerima manfaat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu diberikan secara  one-off mulai esok melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 434 j.uta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Menurut beliau, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja KWSP atau Pertubuhan Kes.elamatan Sosial Perkeso dalam tahun ini. “Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan  Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas  a.kibat p.andemik CvdI9 sentiasa terbela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah seperti berikut

Pengkreditan ke akaun bank. Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR atau BKC atau GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional BSN . Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR atau BKC atau GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Kriteria Kelayakan

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman seperti berikut. Mempunyai caruman KWSP atau PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021. Caruman April, Mei, Jun 2021. Kredit : BH

Alhamdulillah Perdana Menteri umumkan berita baik. Terkini duit bantuan Rm500 akan mula masuk esok. Ini cara senang nak semak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan, akan dibayar mulai esok. Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COV1D-19 sentiasa terbela. “Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara ‘one-off’ mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Bayaran GKP Selasa ini. Lebih banyak bantuan rakyat selepas BKC – Perdana Menteri GKP 4.0 Fasa 2 dibayar November ini. Biasiswa Kecil PETRONAS ubah kehidupan Aliman. “Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam satu kenyataan pada 26 September lalu, Ismail Sabri memaklumkan beberapa bentuk bantuan, antaranya BKP, akan diberikan kepada penerima yang layak dan dijadual akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan. Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan pemberian BKP kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.

Katanya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok, melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my. “Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya. Sumber : http://trendingsangat.pw/

Alhamdulillah. Ismail Sabri tampil umum bantuan terkini yang akan diberikan pada keluarga Malaysia.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan memperuntukkan lebih RM 471.6 juta untuk melaksanakan Pakej Penjagaan C0VID 19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia bagi kategori B40.

Perdana Menteri, berkata melalui pakej itu, kerajaan akan mengagihkan b.antuan PPC, yang terdiri daripada pek pelitup muka guna semula, kit ujian kendiri C0VID 19, satu oximeter, satu termometer dan risalah panduan penggunaan serta info kes.ihatan.

Dalam persediaan ke arah era endemik C0VID 19, kerajaan akan memperuntukkan bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan C0VID 19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan.

Usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus CVDI9.

Sehubungan itu, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi pek pelitup muka guna semula 4 keping setiap keluarga, Kit ujian kendiri C0VID 19 4 kit setiap keluarga), 1 pulse oximeter, 1 termometer; serta risalah panduan penggunaan dan info kes.ihatan.

Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bntuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak. Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 j.uta penerima BPR.

Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jngkitan CVDI9, kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vks1n CVDI9.

Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun immunocompromised, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities), apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80%.

Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan CVDI9, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua. Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini.

Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan C0VID 19 dan pemberian dos ketiga v.aksin C0VID 19 akan diumumkan oleh Menteri Kes.ihatan. Kredit : BH

Menteri Kewangan dedah ada 700k penerima BKC tiada akaun bank. Sekali PM arah buat macam ni buat ramai lega.

Lebih 700,000 penerima Bantuan Khas Cov1d-19 (BKC) didapati tidak mempunyai akaun bank, menurut data Kementerian Kewangan. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan menyediakan baucar tunai bagi memastikan bantuan diberikan kepada penerima tanpa sebarang kelewatan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Isnin memaklumkan, Ismail Sabri meminta Kementerian Kewangan agar memastikan kelancaran proses pengagihan BKC, khususnya penerima di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank.

“Menurut data Kementerian Kewangan Malaysia, terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC yang tidak mempunyai akaun bank. Justeru perdana menteri mahu baucar tunai yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima terlibat tanpa sebarang kelewatan,” menurut kenyataan itu.

Ismail Sabri pada Isnin meninjau secara dalam talian proses pembayaran BKC Fasa 1 yang telah dikreditkan kepada 10 juta penerima bermula Isnin. Pada sesi itu, perdana menteri turut berpeluang berinteraksi dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perlis dan Johor.

“Perdana menteri berharap BKC dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik Cv1d19,” menurut kenyataan itu. Pada 1 September, perdana menteri mengumumkan BKC seperti dijanjikan kerajaan sebelum ini menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang sepatutnya diagihkan pada Ogos, akan dikreditkan kepada penerima bermula 6 September.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September.

Ismail Sabri berkata, BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. Sumber : mStar

Alhamdulillah ini yang ditunggu tunggu oleh rakyat. Terkini Pm umumkan tarikh duit bantuan khas masuk untuk bulan ni.

PUTRAJAYA: Sejumlah RM 3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan pada hari ini bagi bayaran B.antuan Khas Covid 19 (BKC) dengan proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sekali gus memanfaatkan seramai 10 juta penerima daripada  kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang  berkelayakan. Kata beliau, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran  tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini. Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan a.kibat p.andemik C0vid 19.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang  ditetapkan. Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap  pembayaran BKC itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid 19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” katanya. Kelayakan penerima BKC dalam golongan m.iskin tegar dan B40 ialah berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan isi rumah atau warga emas (RM 5,000 dan ke bawah), manakala individu bujang (RM 2,500 dan ke bawah).

Bagi kelayakan penerima M40 pula, golongan ini perlu melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah  pendapatan isi rumah (RM 5,001 hingga RM 9,000), manakala bujang (RM 2,501 hingga RM 5,000). Bagi miskin tegar, isi rumah yang berkelayakan menerima jumlah bantuan sebanyak RM 1,300,

ia melibatkan tiga fasa pembayaran iaitu RM 500, RM 500 dan RM 300; warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan kelayakan bantuan RM 500 melibatkan dua fasa pembayaran (RM 200 dan RM 300).

Penerima golongan B40 pula, isi rumah dengan kelayakan bantuan sebanyak RM 800 adalah melibatkan dua fasa pembayaran iaitu RM 500 dan RM 300 manakala warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan kelayakan bantuan RM 200 akan menerima sekali pembayaran. Seterusnya bagi penerima M40, isi rumah dengan kelayakan bantuan RM 250, warga emas sebatang kara dan individu bujang (RM 100) juga menerima sekali pembayaran. Kredit : Kosmo/FB

Baru je Ds Ismail Sabri umumkan tentang kabinet baru. Sekali ini yang terjadi pada laman fb Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang sebelum ini memegang Menteri Kanan Luar Negeri bertukar portfolio sebagai Menteri Kanan Pertahanan. Pada Kabinet lalu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, jumlah menteri dan timbalan menteri ialah 70 orang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan Kabinet tanpa jawatan timbalan perdana menteri tetapi mempunyai empat menteri kanan. Setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau akan memastikan barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. “Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*