
Baru-baru ini tular mengenai netizen yang mengatakan Mawar Karim, bekas isteri Fizo Omar itu ‘bitter’ apabila memuatnaik foto bersama Ashraf Muslim dengan kepsyen yang mengundang reaksi negatif dari wargamaya.
Terbaru, Mawar Karim memberikan reaksi kepada seorang individu yang kurang senang dengan tindakannya memuatnaik foto bersama Ashraf Muslim yang ditemui semasa berada di Kota Makkah.
Kata individu tersebut, “Perlu ka letak caption mcm tu? Batak perhatian sangat.”
Dalam banyak-banyak komen, individu tersebut menarik perhatian Mawar untuk menjawab persoalan kurang senang berikut. Katanya “Kita kena muhasabah diri banyak-banyak tak tau dosa banyak mana, pahala banyak mana dengan Allah”
Tambahnya lagi, “Dalam banyak-banyak komen ini paling kelakar, terhibur pulak rasa.
“Saya batak ka katak ka botak ka ikut suka hati saya. Mungkin awak ni lahir di dunia teruih pandai. Terlalu pandai, perfect di dunia. Ikut suka saya nak letak caption apa-apa dekat IG saya, kalau tak suka nampak tak ada button block. Dipersilakan.” ujarnya kepada individu tersebut.
Difahamkan Mawar kini masih berada di Arab Saudi bagi menunaikan umrah sendirian tanpa ditemani anakanda Maryam dan juga ahli keluarganya.
Sumber: Instagram Mawar Karim via satkobaviral
Foto bersama Ashraf Muslim di salah erti, akhirnya Mawar Karim jawab soalan netizen
Tindakan usahawan Mawar Karim, 32, memuat naik gambar dia bersama pelakon Ashraf Muslim, 40, di Makkah mengundang pelbagai komen dan reaksi pengikutnya di Instagram.
Walaupun dia sudah meletakkan keterangan gambar dalam bahasa Arab, ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’, nampaknya ada yang masih berburuk sangka menerusi komennya.
‘Saya bukan yang ketiga’ itu juga bagi merujuk dia bukanlah isteri ketiga Ashraf yang kini beristeri dua.
MAWAR KARIM RESPON KOMEN NETIZEN
Mawar yang juga bekas isteri pelakon, Fizo Omar itu turut menjawab satu komen mempersoalkan kenapa dia bergambar dengan Ashraf yang juga suami orang.
“Ada tuliskah dosa atau kesalahan saya muat naik gambar ini?” balasnya Mawar Karim pada netizen.
Mawar Karim bersama Ashraf Muslim.
Difahamkan, dia dan Ashraf yang ketika ini menunaikan umrah di Makkah terserempak di sana. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar ibadah Mawar dipermudahkan.
Malah, mereka turut mendoakan dia pula bertemu jodoh selepas Fizo melangsungkan pernikahan, kelmarin.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Fizo, 36 melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, dalam majlis tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Mawar dan Fizo pernah mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Terdahulu..
Mawar Karim sempat beri satu pesanan pada ibu baru Maryam
Bukan malam tadi seperti sebagaimana yang diteb4k netizen, pelakon Fizo Omar sebenarnya telah sah bergelar suami kepada gadis Fazeera Nazri Azrai dalam satu majlis akad nikah yang dijalankan secara tertutup sekitar pukul 10 pagi, semalam.
Menurut pengurus kepada Fizo yang dikenali sebagai Mimi ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, majlis pernikahan antara Fizo dengan gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu berlangsung sebuah pusat peranginan, Bidadari Resort, J4nda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
“ Benar, Fizo telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihannya sekitar pukul 10 pagi semalam dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“ Dalam majlis tersebut, Fizo telah menyerahkan sebentuk cincin kepada Fazeera,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Bagaimanapun Mimi enggan memperincikan perkara lain seperti hantaran dan juga mas kahwin yang diberikan Fizo kepada isterinya yang difahamkan sebagai bekas pramugari itu.
Ketika ditanya lebih lanjut mengenai majlis resepsi yang mungkin akan diadakan kemudian, Mimi berkata Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, akan membuat satu pengumuman kepada media dalam masa terdekat.
Berhubung penul4ran sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama @fazeeranazriaz yang did4kwa milik pasangan itu, Mimi memberitahu akaun tersebut adalah palsu dan telah dibuat oleh individu yang tidak diketahui identitinya.
“ Akaun Instagram yang tular sejak pagi tadi itu bukan dibuat oleh Fizo atau Fazeera. Itu adalah akaun p4lsu,” jelasnya.
Menerusi hantaran terkini dalam Instagram tersebut, pemilik akaun itu turut berkongsi gambar Fizo dan isterinya yang juga merupakan bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sedang bersanding di atas pelamin.
Terdahulu,menerusi satu hantaran dalam Instagram miliknya ketika menyambung ulang tahun kelahirannya yang ke-36, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu pernah memaklumkan akan menamatkan zaman dudanya pada tahun ini.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019.
Kepada Bakal Ibu Baru Maryam, Ini Pesan Mawar: “Jangan Panggil Mummy Atau Mama”
Bek4s isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu usahawan tudung, Mawar Abdul Karim pernah memuat naik satu status di Insta Story miliknya dan telah menarik perhatian.
Menerusi ruangan Ask Me Question, Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua: “Cikyam (Maryam) mar4h daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?” tanya individu tersebut.
Menjawab pertanyaan tersebut, Mawar berkata dia pasti berasa gembira sekiranya bekas suaminya bertemu jodoh baharu. Akui serba kekurangan, Mawar, 32, mendoakan agar Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.
“ Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak mar4h sebab kalau bapa Maryam nak kahwin… lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.
“ Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.
“ Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menj4ja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.
“ Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.
“ Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.
Sumber: HM online | Malaysia viral
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply