Aliff Syukri jumpa tanya khabar – “Apabila aku cerita dengan ayah dan mak kau, dia men4ngis”

PENGHIJRAHAN usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ke Australia benar-benar memberi kesan mendalam kepada kedua ibu bapanya yang terpaksa reda menerima keputusan mengejut itu.

Perkara itu didedahkan oleh sahabat baiknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang memaklumkan ibu dan ayah Sajat tidak lagi seceria dahulu selepas ‘kehilangan’ seorang anak yang banyak menyumbang kepada keluarga.

“Aku jumpa mak kau, dia pun tak seceria dulu, cuma apabila dia dengar kau dah okay semua dia lega la… dia pun ada tanya tahu tak? Aku pun tak tahu.

“Apabila aku cerita dengan ayah dan mak kau, dia kadang-kadang menangis. Sedih dia… dia yang update dekat aku bila kau dah selamat sampai Australia. Aku pun terkejut!

“Dia kata kau ni banyak bantu, penyumbang utama keluarga. Itu sajalah. Aku tengok anak kau asyik tanya mana umi, rindu dengan umi… aku cakap umi cari duit,” kata Aliff menerusi siaran langsung bersama Sajat di Instagram pada malam Rabu.

sajat 2

Aliff bertanya khabar dengan Sajat menerusi Instagram Live.

Meletakkan dirinya di tempat Sajat, penyanyi lagu Cuba ini mengakui tidak mampu berdepan dengan ujian tersebut yang disifatkan cukup berat dan mencabar.

Justeru itu, dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu.

“Aku pun tak sekuat kau, aku tak nak viral-viral dah, kau memang hebat!”

ALIFF SYUKRI

SAHABAT BAIK SAJAT

“Kalau aku berada di tempat kau, aku tak boleh nak lalui detik ini, aku rasa ni cabaran terhebat kau… bukan semua boleh melalui detik ini.

“Aku pun tak sekuat kau, aku tak nak viral-viral dah, kau memang hebat. Aku sekarang nak buat content dengan isteri sahaja.

sajat 2

Sajat bersama ibu dan bapanya.

“Sebagai sahabat, saya dan isteri sentiasa anggap Sajat sebagai sahabat dunia dan akhirat… semoga Sajat bahagiakan keluarga, kami sentiasa doakan yang terbaik, jangan lupa sembahyang,” ujarnya.

Sajat mempunyai sepasang anak angkat iaitu Syahmi dan Syaza berusia dua tahun yang kini di bawah jagaan ibu bapanya.

Minggu lalu, Sajat mendedahkan secara rasmi sudah berhijrah ke Australia dan sedang menjalani kuarantin di Canterbury selain menyatakan pendiriannya untuk tidak mahu kembali lagi ke Malaysia.

Sajat berkata, dia akan membina hidup baharu di negara itu dan bercita-cita memberi peluang pekerjaan kepada belia Malaysia yang ingin bekerja di luar negara.

Pada Januari lalu, Sajat pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya.

 

Perit… Sajat Kongsi Detik-Detik Pilu Berpisah Dengan Anak, Berazam Bina Perniagaan Baharu Di Luar Negara – “Sebelum Lari Saya Peluk Anak-Anak Bagi Tahu Saya Terpaksa Pergi”

MENGAMBIL keputusan untuk berhijrah ke Australia adalah satu tindakan yang sangat sukar dibuat usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana terpaksa meninggalkan dua anak angkatnya dan keluarga tersayang.

Menerusi perkongsian video di Facebook bersama pelawak terkenal Harith Iskander pada malam Ahad, Nur Sajat, 36, menceritakan detik pilu terpaksa berpisah dengan anak serta keluarga kerana mendakwa dirinya tidak selamat berada di Malaysia.

“Saya terpaksa meninggalkan anak saya, perniagaan saya, empire yang saya usahakan, saya tak boleh berfikir.

“Saya hanya fikir sekarang saya perlu selamat diri saya, sebab itulah saya melarikan diri, itulah keputusan diri saya.

“Memang perit untuk saya… sebelum lari saya peluk anak-anak saya dan beritahu saya terpaksa pergi sebab bukan dalam keadaan selamat di sini,” katanya dalam keadaan sebak.

Screen-Shot-2021-10-25-at-10.52.14-AM

Video live Facebook Sajat bersama pelawak terkenal Harith Iskandar.

Sajat mempunyai sepasang anak angkat iaitu Syahmi dan Syaza berusia dua tahun yang kini di bawah jagaan ibu bapanya.

Tambah Sajat, dia terfikir untuk melarikan diri selepas menerima tekanan dari pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkannya mengalami depresi dan terpaksa mendapatkan rawatan mental.

“Orang tak faham apa saya lalui… kalau betul lah saya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun mereka akan letakkan saya dalam penjara lelaki.

“Saya yang dah transwomen semuanya dah berubah mesti la saya rasa tak selamat berada di dalam (penjara).

“Saya mengalami kemurungan yang amat sangat apabila banyak tekanan yang saya terima, sehingga saya terpaksa mengambil ubat dan mengikuti rawatan mental.

Minggu lalu, Sajat mendedahkan secara rasmi sudah berhijrah ke Australia dan sedang menjalani kuarantin di Canterbury selain menyatakan pendiriannya untuk tidak mahu kembali lagi ke Malaysia.

Sajat berkata, dia akan membina hidup baharu di negara itu dan bercita-cita memberi peluang pekerjaan kepada belia Malaysia yang ingin bekerja di luar negara.

“Saya nak cuba bangkit balik, nak buka perniagaan di sini, buka peluang kepada belia Malaysia yang ingin bekerja di sini.

“Ya… saya tahu susah, tapi dalam hidup ini tiada yang mudah,” ujarnya.

Pada Januari lalu, Sajat pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya.

’Saya mengakui saya seorang ‘transwoman’ – Nur Sajat

Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat akhirnya membuka mulut tentang dirinya yang sebenar.

Nur Sajat, 36, membuat pengakuan terbuka sebagai seorang ‘transgender’ ketika muncul secara ‘live’ di TikToknya hari ini.

“Sajat takut kena kecam. Saya usahawan, jadi kalau boleh tak nak beritahu orang ramai.

“Biarlah mereka kenal kita sebagai Nur Sajat. Perlu ke cerita latar belakamg hidup kita pada orang lain,” katanya.

Kata Sajat lagi, dia hanya ingin berkongsi kisah kejayaan sebagai usahawan berjaya dan bukan cerita sebagai seorang transwoman.

“Saya nak kongsi pasal kejayaan, bukannya cerita tentang diri sendiri. Lainlah kalau kita ini jual diri, bolehlah kita cerita tentang diri sendiri.

“Di sini saya mengakui saya seorang ‘transwoman’. Faham ‘woman’ ialah perempuan cuma yang membezakannya ialah perkataan ‘trans’ kira saya ini memang perempuan pun,” ujarnya.

Sebelum ini Sajat telah mengesahkan kini menetap di Australia dan memberi bayangan tidak akan kembali ke Malaysia.

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*